• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, January 18, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Technical Analysis

Teknik Forming 1,2,3 Yang Sesuai Untuk Intraday Trader

by Fatin Fatini
11/12/2020
in Technical Analysis
5 min read
Teknik Forming 1,2,3 Yang Sesuai Untuk Intraday Trader
Kongsi ke FacebookKongsi ke TwitterKongsi ke Telegram

Teknik Forming 1,2,3 ini sangat sesuai digunakan untuk intraday trading. Teknik ini adalah untuk kita melihat pergerakan harga saham di pasaran yang menyebabkan wujudnya buy signal.

Salah satu isyarat yang penting adalah dengan kenaikan volume yang tinggi dalam satu-satu masa ke atas sesuatu kaunter. Volume yang perlu difokuskan adalah buying volume berdasarkan jumlah lot belian yang berlaku di dalam pasaran. Volume pembelian yang tinggi ini bermakna wujudnya momentum dan minat belian ke atas kaunter tersebut yang disebabkan sentimen semasa.

Bagaimana Mencari Kaunter Yang Mempunyai Momentum?

Kita boleh mencari kaunter yang mempunyai momentum dengan melihat kepada market trade monitor (MTM). Bagi intraday trader, kita boleh melihat MTM ini dari pukul 9 pagi hingga 5 petang.  Di bawah adalah langkah-langkah penggunaan MTM.

Berkaitan

3 Indikator Mudah Untuk Pelabur Baru Gunakan

Wyckoff Method: Pelaburan Berisiko Tinggi

Kupasan 3 Daripada 10 Saham Patuh Syariah Paling Rugi November 2020

Langkah pertama: Buka platform dagangan anda seperti platform MPLUS dan pilih “market” dan klik “trade monitor”.

Langkah kedua : Klik symbol settings di sebelah kanan skrin.

Langkah ketiga: Tukarkan settings kepada “500” lot, dan klik “OK”

Langkah keempat: Perhatikan kaunter yang di highlight 500 lot ke atas berulang kali. Ini kerana kaunter tersebut mempunyai minat belian yang tinggi kerana  500 lot ini merupakan jumlah yang besar dan kaunter tersebut mempunyai momentum yang besar.

Kita perlu memilih “all stocks” dalam dialog box itu dan menanda pada “main market stocks” dan “ACE Market stocks” sahaja. Di ruangan bawah sekali pula, kita perlu mengisi dengan “500” yang bermakna 500 lot.

Apabila pasaran dibuka, anda akan melihat transaksi jual beli  saham syarikatsebanyak 500 lot  keatas sahaja akan berkelip-kelip. Ia menunjukkan momentum volume masuk.

Langkah kelima: Buka daily chart kaunter saham tersebut dan perhatikan pada volume sama ada volume kaunter tersebut tinggi daripada volume hari sebelumnya menggunakan daily chart di laman Trading View. Jika volumenya lebih tinggi daripada hari sebelumnya, kita perlu perhatikan kaunter ini rapat-rapat.

Langkah keenam: Selepas kita dah pastikan volume kaunter tersebut mempunyai momentum, kita perlu buka intraday chart pada paltform untuk melihat teknik ini terbentuk atau pun tidak.

Kuning = Forming 1
Biru =  Forming 2
Merah = Forming 3

Kita boleh bersiap sedia apabila form 1 terbentuk dengan adanya volume yang  tinggi dan power berdasarkan daily chart untuk hari tersebut. Apa yang dimaksudkan dengan volume power?  Volume power ini apabila volume semasa adalah lebih tinggi berbanding volumepada hari sebelumnya. Volume yang paling baik adalah volume yang dibandingkan dengan volume untuk lima hari  sebelumnya. Jika volume lebih tinggi berbanding hari-hari sebelumnya, maka kita perlu perhati rapat kaunter ini.

Beli hanya pada form 2. Jika kajian kita tepat, forming 3 akan terbentuk dan harga saham kaunter tersebut akan naik. Forming 2 ini kadangkala akan membentuk downtrend gradient bukanya straight line seperti gambar diatas. Jangan kejar harga yang telah naik, sebaliknya kita perlu tunggu forming 2 terbentuk terlebih dahulu. Pada kebiasaannya, para pedagang akan mula menjual pada forming 3.

Teknik BTST (buy today sell tomorrow) juga boleh diaplikasikan dengan teknik ini, kerana ada kemungkinan forming 3 akan bersambung di  keesokan harinya.

Apa yang perlu kita lakukan adalah, log in platformdengan menggunakan “internet explorer” kerana penggunaan selain daripada “internet explorer” tidak akan keluar tetapan yang  ditunjukkan ini. Platform yang boleh digunakan untuk kaedah ini hanyalah platform seprti MPlus, Maybank, UOB dan T&A. Ini kerana platform-platform ini menggunakan perkhidmatan penyedia Excel Force.

Jika kita tidak menggunakan platform yang menggunakan perkhidmatan Excel Force ini, kita perlu bertanya kepada remisier masing-masing tentang cara untuk mengesan kemasukan volume ke dalam sesuatu kaunter saham pada platform yang kita gunakan.

Berikut adalah setup yang perlu kita lakukan untuk melihat pegerakan harga intraday. Setup ini bertujuan untuk kita melihat forming 1,2,3 seperti yang dijelaskan di atas.

Langkah 1:

(sumber : Maybank online)

Setelah selesai membuka platform anda, tekan ikon seperti yang dikotakkan di atas dan memilih imej yang ada huruf “J”.

Langkah 2:

Seterusnya kita akan lihat seperti gambar di bawah dan sudah siap sedia untuk berdagang.

Sumber : Maybank Online

Langkah 3:

Klik pada ikon settings di “market trade monitor” dan klik pada pilihan “option”, kemudian akan muncul satu kotak kecil.

Click pada pilihan “all stocks” dalam dialog box itu dan tick pada “main market stocks” dan “ACE Market stocks”. Pada kotak di bawah sekali pula, diisi dengan nombor “500” yang membawa maksud 500 lot.

Apabila pasaran saham dibuka, kita akan dapat melihat kaunter saham syarikat yang berlaku jual beli sebanyak 500 lot yang akan berkelip-kelip. Ia menunjukkan momentum volume masuk.

Share1767Tweet1104Share

Related Posts

3 Indikator Mudah Untuk Pelabur Baru Gunakan
Indikator

3 Indikator Mudah Untuk Pelabur Baru Gunakan

by Hazim Rosman
05/01/2021
Wyckoff Method: Pelaburan Berisiko Tinggi
Technical Analysis

Wyckoff Method: Pelaburan Berisiko Tinggi

by Hazim Rosman
25/12/2020

Follow Kami

No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?