Jumaat lalu Bursa Malaysia ditutup naik 10.07 mata kepada 1593.75 selepas bergerak di antara 1579.49 dan 1599.49 sepanjang hari 690 kaunter menaik, 504 kaunter menurun dan 531 kaunter tidak berubah.
Antara kaunter-kaunter yang aktif didagangkan adalah AT, VSOLAR, ASB dan SCGBHD.
Berdasarkan analisa teknikal, FBM KLCI kini menghampiri 52-week-high dan berada di atas paras EMA200. EMA200 adalah indikator yang sering digunakan bagi melihat trend jangka masa panjang.
Komoditi
Harga emas kini berada di paras $1870 per auns dan dilihat sedang bergerak di dalam descending channel pattern.
Sumber : Trading View
Harga minyak mentah Crude Oil WTI kini berada di paras $42 manakala Brent Oil yang kini berada di paras $45.
Harga minyak kelapa sawit bagi kontrak Februari di Bursa Malaysia kini masih berada dalam keadaaan pullback dan masih bertahan di atas RM 3164.
Minggu Ini
Pasaran dijangka akan terus ‘volatile’ dengan penantian pengumuman Prestasi Kewangan serta kelulusan Belanjawan 2021 yang akan diketahui pada hari Khamis ini, 26 November 2020.
Dijangka akan lebih banyak pengumuman Prestasi Kewangan (Quarter Report) termasuk syarikat-syarikat perbankan, REVENUE, INARI, POS, SERBADK, DNEX dan TENAGA akan diumumkan.
Penulisan ini adalah bertujuan bertujuan Pendidikan. Ini bukan saranan untuk membeli ataupun menjual. Sebarang tindakan ataupun keputusan pelaburan adalah tanggungjawab anda sendiri.