• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, January 18, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Fundamental Analisis

Saham Kajian Aturmaju Resources Berhad (ARBB) Menggunakan 5 Magic Numbers

by Ronnie Chai
09/01/2021
in Fundamental Analisis
4 min read
Saham Kajian Aturmaju Resources Berhad (ARBB) Menggunakan 5 Magic Numbers
Kongsi ke FacebookKongsi ke TwitterKongsi ke Telegram

Apabila kita membuat pemilihan saham untuk dibeli, adalah normal bagi seorang pelabur untuk mengkaji asas fundamental syarikat tersebut terlebih dahulu. Selain daripada menggunakan kaedah CANSLIM, cara lain yang mudah dan pantas untuk digunakan adalah ‘5 Magic Numbers’.

Bagi sesiapa yang belum tahu apa itu 5 magic numbers, jom kita berkenalan dengannya:

1. Earnings Per Share (EPS)

EPS menunjukkan pertumbuhan keuntungan sesuatu syarikat berbanding jumlah saham yang ditawarkan. Pastikan nilai EPS syarikat tersebut positif. Nilai EPS yang positif bermakna syarikat tersebut membuat keuntungan dari setiap unit saham. Sebab itulah ia disebut sebagai Earnings Per Share. Jangan sesekali membeli saham yang mempunyai nilai EPS negatif. Sudah pasti kita tidak mahu melabur ke dalam syarikat yang sedang mengalami kerugian.

Berkaitan

Kajian CANSLIM Terhadap Syarikat Aemulus

Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham KPJ (Edisi: 2020)

Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham KL Kepong (Edisi: 2020)

2. Price-to-Earnings Ratio atau P/E Ratio (PE)

P/E Ratio atau nisbah PE akan memberitahu kita berapa lama tempoh yang diperlukan oleh syarikat untuk mendapatkan kembali modal syarikat. Lagi rendah nilai ini, lagi bagus prestasi syarikat tersebut.

Pada kebiasaannya nilai P/E Ratio yang baik adalah di bawah 10.

3. Return On Equity (ROE)

ROE bermaksud pulangan keuntungan kepada pemegang saham. Semakin tinggi nilai ini, semakin bagus perniagaan sesuatu syarikat tersebut. Pada kebiasaannya, nilai ini haruslah lebih daripada 15%.

Sama seperti EPS dan ROE, nilai ROE wajib positif. Elakkan syarikat yang mempunyai ROE negatif yang menandakan syarikat tersebut sedang mengalami kerugian.

4. Net Tangible Asset (NTA)

NTA adalah nilai harta fizikal syarikat. Sekiranya nilai NTA adalah lebih tinggi daripada harga semasa (Market Price), ini menandakan saham tersebut adalah di bawah nilai sebenar. Maksud di sini adalah saham syarikat tersebut berada di bawah nilai (undervalued) atau bahasa mudahnya sedang berada di paras diskaun.

Maka bolehlah kita beli dan peram saham tersebut kerana ianya berpeluang untuk pergi lebih jauh.

5. Investing Value (IV)

Investing value juga merupakan salah satu kaedah untuk menentukan sama ada sesuatu saham berada di bawah nilai (undervalued) atau terlebih nilai (overvalued).

Formula investing value adalah:

IV = EPS x 8.1.

IV = 8.22 x 8.1 = 66.58

Berdasarkan pengiraan menggunakan formula ini, nilai sebenar ARBB adalah 66.58 sen. Sedangkan harga semasa ARBB adalah hanya 26 sen. Ini menandakan ARBB sememangnya di bawah nilai.

Sumber : Getty Image

Aturmaju Resources Berhad (ARBB)

Berdasarkan kajian yang dibuat, terdapat satu kaunter saham yang menepati semua kriteria magic numbers di atas. Kaunter tersebut adalah Aturmaju Resources Berhad (ARBB).

Di sini kami kongsikan cara mengkaji kaunter ARBB dengan menggunakan 5 magic numbers ini.

Sumber : Malaysiastock.biz

Setelah membuat kajian 5 magic numbers terhadap ARBB, adakah anda merasakan saham tersebut baik untuk dibeli? Bila masa terbaik untuk beli saham ARBB?

Dinasihatkan agar para pelabur untuk turut membuat kajian CANSLIM pula terhadap kaunter ini untuk kepastian. Sekiranya saham ARBB menepati kesemua kriterianya, maka saham ini adalah saham yang baik. Satu perkara menarik di sini adalah saham ini sangat berada di bawah nilai sebenar (undervalue).

Bayangkan kita pergi ke pusat membeli-belah dan ternampak iPhone pada harga diskaun. Adakah kita akan tertarik dan membelinya?

Nak tahu di mana anda boleh dapatkan nilai-nilai 5 magic numbers? Di antara laman web yang kita boleh dapatkan maklumat ini adalah:

  1. Malaysiastock.biz
  2. Bursa Marketplace
  3. KLSE Sceener
  4. Investing.com

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi,mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share618Tweet386Share

Related Posts

Kajian CANSLIM Terhadap Syarikat Aemulus
Fundamental Analisis

Kajian CANSLIM Terhadap Syarikat Aemulus

by Fatin Fatini
18/01/2021
Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham KPJ (Edisi: 2020)
Fundamental Analisis

Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham KPJ (Edisi: 2020)

by TheKapital
15/01/2021

Follow Kami

No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?