Berbeza dengan pilihan raya negeri yang diadakan serentak dengan pilihan raya umum oleh negeri-negeri lain di Malaysia, Sarawak merupakan negeri yang boleh mengadakan pilihan raya negeri secara berasingan daripada pilihan raya umum. Mandat bagi kerajaan negeri Sarawak akan berakhir pada Jun 2021 dan apabila mencapai tempoh matang, Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak secara automatik akan terbubar.
Sarawak akan tetap meneruskan Pilihan Raya Negeri ke-12 meskipun negara kini berdepan dengan pandemik COVID-19, kata Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Menurut Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) itu, PRN ke-12 tetap akan diadakan melihat kepada kebolehan Sarawak mengendalikan pandemik itu secara efektif pada ketika ini.
Kaunter Negeri Sarawak
Di bawah adalah senarai saham-saham syarikat Sarawak mengikut sektor masing-masing. Mereka terdiri daripada syarikat pembinaan, minyak & gas, perladangan sawit, hartanah dan banyak lagi.
Perladangan sawit: SOP, Jtiasa, Rsawit, TAAN
Minyak & Gas: Serba Dinamik, Dayang, Penergy
Pembinaan: CMSB, Naim, HSL,Zecon,
Produk Industri: SCIB, Scable, KKB
Mana-mana pihak yang mendapat mandat untuk membentuk kerajaan negeri sudah pastinya akan memberikan perhatian kepada pembangunan Sarawak dan syarikat-syarikat yang akan terlibat adalah syarikat yang terlibat dengan aktiviti pembinaan. Syarikat yang dilihat mendapat manfaat setelah pilihan raya adalah syarikat daripada sektor pembinaan seperti Cahaya Mata Sarawak (CMS), Naim, SCIB, KKB.
Pilihan Raya Sarawak Yang Lepas (2016)
- Cahya Mata Sarawak Berhad (CMSB)
Pilihan raya Sarawak yang lepas telah diadakan pada tarikh 7 Mei 2016. Berbalik kepada carta, CMSB telah mula bergerak beberapa hari sebelum pilihan raya berlangsung.
Syarikat Cahya Mata Sarawak Berhad dilihat berkait rapat dengan Tuan Yang Terutama (TYT) Sarawak iaitu Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud (2014 – Sekarang). Menurut senarai yang diperoleh dari Bursa Market Place, pemegang saham individu yang utama di syarikat ini terdiri daripada ahli keluarga Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud. Cahya Mata Sarawak pada awalnya ditubuhkan pada tahun 1974 hanya sebagai pengeluar simen kini telah menumpu kepada bidang korporat. Kini CMSB telah berjaya berdiri teguh sebagai syarikat pengeluar dan penjualan simen dan produk pembinaan, pembaikan jalan raya, pembangunan bandar, pembangunan hartanah dan infrastruktur dan pada 2015 CMSB telah menceburi arena infrastruktur telekomunikasi. Syarikat ini sudah pasti merupakan salah sebuah syarikat yang penting dalam pembangunan negeri Sarawak dan kestabilan syarikat ini dikuatkan lagi dengan pemegang saham yang terdiri daripada orang kenamaan Sarawak.
2. Naim Holdings Berhad (NAIM)
Syarikat yang turut terlibat dalam sektor pembinaan dan hartanah iaitu Naim Holdings, turut menunjukkan kenaikan sehari sebelum pilihan raya negeri berlangsung.
Namun para pedagang harus berhati-hati dengan kaunter-kaunter yang berkait dengan sentimen seperti ini kerana melihat kepada carta sebaik sahaja pilihan raya berakhir, saham tersebut pun mula jatuh. Sekiranya pernah dengar ayat ‘History Repeat Itself’, kita semestinya ingin mempelajari sesuatu daripada perkara ini.
Oleh itu, saham-saham ini lebih bersifat kenaikan sementara dan mungkin juga kenaikan dalam masa sehari sahaja iaitu ‘one-day show’.
3. Sarawak Consolidated Industries Berhad
SCIB nampaknya tidak terkesan dengan pandemik Covid-19 di kala banyak syarikat di seluruh dunia mengalami kerugian sepanjang tempoh ini. SCIB mencatatkan rekod tertinggi bagi pendapatan suku tahunannya dengan pendapatan sebanyak RM94.91 juta pada suku kedua tahun 2020. Ia juga mendorong SCIB untuk mencatatkan rekod terbaik bagi keuntungan bersih syarikat iaitu sebanyak RM5.01 juta.
Antara produk SCIB adalah atap bumbung, cerucuk, paip konkrit, dan pelbagai bahan untuk kerja-kerja pembinaan. Pada pilihanraya 2016 yang lalu, SCIB berada di dalam aliran downtrend dan kurang mendapat perhatian. Kita biasanya dapat melihat kerja-kerja membaik pulih semakin rancak menjelang pilihan raya. Syarikat pembekal bahan binaan seperti SCIB sudah pasti mendapat tempiasnya.
Kaunter Sarawak Dari Sektor Lain Dilihat Tidak Mendapat Tempias
1. Dayang Enterprise Holdings Berhad (Dayang)
Berbeza dengan sektor pembinaan, sektor minyak dan gas dilihat tidak terkesan dengan pilihan raya negeri Sarawak ketika itu. Ini kerana, sektor minyak dan gas lebih dipengaruhi catalyst global seperti harga minyak semasa, keadaan ekonomi sedunia, perang perdagangan dan pandemik. Sepanjang tempoh pilihan raya yang berlangsung pada Mei 2016, saham Dayang terus membuat aliran downtrend disebabkan harga minyak mentah merosot pada ketika itu.
Kejatuhan tersebut tiada kena mengena dengan situasi politik yang berlaku.
2. Sarawak Oil Plantation (SOP)
Sarawak Oil Plantation adalah contoh kaunter Sarawak yang ada di dalam sektor perladangan atau lebih tepat lagi, kelapa sawit. Sektor ini tidak terkesan dengan pilihan raya negeri yang lalu. Harga saham SOP mula membuat aliran downtrend semenjak bulan Mac lagi.
Oleh itu, pilihan raya tidak memberi kesan positif atau merupakan catalyst bagi sektor perladangan.
ASYIK-ASYIK TERLEPAS
Dengar cerita ada beberapa leader syarikat sarung tangan getah yang catat prestasi keuntungan luar biasa baru-baru ini.
Nah kami belanja antara leader syarikat sarung tangan getah
• Topglove
• Hartalega
• Supermx
Kalau dah terlepas kapal, kita perhatikan laggard bagi syarikat sarung getah pula
• HLT
• Rubberex
• Adventa
Itu contoh sahaja, ada lagi kaunter lain dalam senarai leader & laggard ni…
Ingat pelabur dan pedagang bijak takkan kejar harga yang dah naik.
Sebaliknya mereka akan mula memerhatikan syarikat yang bakal ikut naik juga (read: laggard)
Mana nak cari tu? Jangan risau, kami ada share semuanya dalam e-book ini.
➡️ bit.ly/ebook-leaders-laggards
Dalam e-book ini, anda akan belajar:
✅ Apa itu Leader?
✅ Apa itu Laggard?
✅ Cara nak kenal saham Leader dan Laggard
✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian
✅ Contoh case study yang tak jadi
✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian
Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.
Semoga lepas ni, takde yang tertinggal kereta api lagi…
Dapatkan e-book Leaders and Laggards sekarang
➡️ bit.ly/ebook-leaders-laggards