Sepanjang kita menceburi bidang pelaburan saham, pernahkah kita dengar istilah ‘Santa Claus Rally’ atau ‘New Year Rally’ ini? Jika di pasaran tempatan kita biasa dengar Chinese New Year Rally maka di Wall Street pula kita ada Santa Claus Rally. Mengapakah ia disebut sebagai Santa Claus Rally?
Santa Claus Rally berlangsung sepanjang minggu terakhir Disember di mana perayaan Krismas dirayakan. Santa Claus cukup sinonim dengan pemberian hadiah dan sebab itulah para pelabur melihat pasaran saham sebagai tempat yang boleh memberi pulangan yang baik dan Wall Street ini seperti Santa Claus.

Santa Claus Rally ini merujuk kepada lonjakan dalam pasaran saham yang sering berlaku pada minggu terakhir bulan Disember dan dua hari dagangan pertama pada bulan Januari.
Apakah Yang Menyebabkan Rally Ini?
Terdapat banyak sebab rally ini berlaku seperti pertimbangan cukai, perasaan optimis terhadap Wall Street, dan pelabur runcit melaburkan wang bonus mereka ke dalam saham.
Ramai juga yang optimis dan beranggapan bahawa akan berlakunya kenaikan harga saham pada bulan Januari yang dikenali sebagai ‘January Effect’. Permainan psikologi seperti ini akan menyebabkan para pelabur tidak mahu ketinggalan dan akan membeli saham seawal bulan Disember lagi.
Terkini Mengenai Pasaran Wall Street

Pasaran Wall Street yang ditutup pada 24 November 2020 menampakkan terdapat tanda-tanda awal bahawa Santa Claus Rally dijangka berlaku lebih awal pada tahun ini. Terdapat juga jangkaan bahawa Santa Claus Rally sudah pun bermula sekarang. apabila semua indeks di Wall Street menunjukkan petanda yang positif.
Indeks Dow Jones, Nasdaq dan S&P 500 di Amerika Syarikat, menunjukkan kenaikan yang positif. Indeks Nasdaq ditutup pada paras 12,036.8 mata dengan mencatatkan kenaikan sebanyak 1.31% dan S&P500 pula ditutup pada paras 3,635.41 mata dengan mencatatkan kenaikan sebanyak 1.62%.
Indeks Dow Jones Industrial Average (DJIA)

Buat pertama kali dalam sejarah Wall Street, indeks Dow Jones Industrial Average (DJIA) ditutup tinggi di atas paras 30 ribu mata. Pasaran wall street yang ditutup pada 24 November 2020, Dow Jones ditutup pada paras 30,046.2 mata. Pasaran yang positif ini dilihat turut bakal memberi impak yang positif kepada pasaran Bursa Malaysia kerana Dow Jones bertindak sebagai leader bagi pasaran saham dunia.
Kenaikan Dow Jones ini dipercayai kesan daripada kemenangan Joe Biden dalam Pilihanraya Presiden baru-baru ini dan pelabur melihat kemenangan ini dapat meredakan ketegangan di antara Amerika Syarikat dan China. Apabila hubungan di antara Amerika dan China kembali reda, perdagangan dua hala di antara kedua-dua buah negara gergasi ini dipercayai akan semakin rancak dan keadaan ini sudah pastinya akan menguntungkan banyak pihak.
Tahukah anda trend Santa Claus Rally ini berlaku hampir setiap tahun? Mari lihat Santa Claus Rally bagi tahun-tahun sebelum ini.
Indeks DJIA Pada Tahun 2017

Indeks DJIA Pada Tahun 2018

Indeks DJIA Pada Tahun 2019

Sudahkah anda bersedia untuk menghadapi Santa Claus Rally?
Pastikan kita ada simpanan tunai (reserve cash) agar sentiasa mempunyai peluru untuk merebut peluang yang ada apabila pasaran kembali bullish. Soalan seterusnya, nak beli saham apa?

Anda sedang mencari ilmu pelaburan dan perdagangan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif?
Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!
Buat julung kalinya, memperkenalkan:
WEBINAR SENANG SAHAM
bersama speaker:
Tuan Eza Ezamie
COO Majalah Labur
&
Tuan Somad Albasit
Remisier M+ (Malacca Securities)
#Hari 1 : 19 Disember 2020
Sabtu, 9 pagi – 5 petang
#Hari 2 : 20 Disember 2020
Ahad, 9 pagi – 5 petang
#Hari 3 : 21 Disember 2020
Isnin, 2 petang – 5 petang
Ini adalah kelas intensif. Ini bukan kelas preview. Mana ada kelas preview sampai 3 hari?
Belajar secara santai dari rumah melalui aplikasi ZOOM.
Daftar sekarang -> http://thekapital.my/senangsaham19Dis