Dalam dunia pelaburan saham, memang keuntungan yang dicari-cari. Indeks FBM KLCI telah berjaya membuat reversal yang menarik pada bulan November, setelah mengalami penurunan sejak bulan Ogos yang lalu.
Mari kita kaji apa yang telah terjadi kepada FBM KLCI sepanjang bulan November 2020.

Jika kita lihat kepada indeks FBM KLCI sepanjang bulan November 2020, carta menunjukkan pasaran saham negara kita membuat fasa uptrend. Ini adalah satu petanda postif bagi pasaran tempatan. Bermula pada paras 1,466.46 mata pada 2 November 2020, ianya naik ke paras 1,562.71 mata di hujung bulan November 2020.
Di sini, kami akan mengupas secara terperinci tentang kaunter-kaunter saham patuh syariah yang paling untung sepanjang bulan November 2020.

Daripada 10 kaunter patuh syariah yang paling untung ini, kami akan pilih tiga kaunter daripada sektor yang berbeza untuk dibincangkan secara lebih terperinci.
Kaunter-kaunter yang terpilih adalah:
- GETS Global Berhad (Gets) – Sektor Pengangkutan dan Logistik
- Samaiden Group Berhad (Samaiden) – Sektor Tenaga Hijau
- Petra Energy Berhad (Penergy) – Sektor Minyak dan Gas
1. GETS GLOBAL BERHAD (GETS) (5079)
GETS adalah syarikat pemegangan pelaburan yang berpangkalan di Malaysia. Syarikat ini beroperasi dalam tiga segmen iaitu pegangan pelaburan, perkhidmatan bas ekspres, dan perkhidmatan penyelenggaraan. Anak syarikatnyatermasuklah Konsortium Bas Ekspres Semenanjung (M) Sdn. Bhd., yang menawarkan perkhidmatan bas ekspres; dan Super Coach Assembly Plant Sdn. Bhd., yang merupakan penghimpun dan pembuat badan untuk bas dan penyediaan perkhidmatan penyelenggaraan yang berkaitan.
GETS telah disenaraikan di Bursa Malaysia dengan membuat penampilan sulung pada tahun 2002.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Fundamental GETS

Agak mengejutkan apabila sebuah syarikat bas mengumumkan yang syarikat mereka bakal menerokai perniagaan penghasilan sarung tangan. GETS telah merekodkan kerugian bersih sebanyak RM3.476 juta bagi suku yang lepas. Kerugian ini menyaksikan prestasi GETS merosot sebanyak 3,442% jika dibandingkan dengan suku yang sama pada tahun sebelumnya.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Teknikal GETS

Pada 2 November 2020, GETS berharga 99 sen dan pada 30 November 2020 GETS berharga RM2.73. Sepanjang tempoh ini GETS berjaya membuat breakout beberapa kali. Breakout pertama terjadi pada harga RM1.205. Kemudian GETS membuat uptrend dan membuat breakout yang kedua pada paras RM1.995. GETS pernah mencecah harga setinggi RM 4.00.
Berdasarkan carta paras resistance tertinggi GETS adalah pada RM 4.06. GETS perlu memecahkan paras resistance ini sebelum terus membuat tujahan ke harga tertinggi yang baru. Namun sebelum itu, ia haruslah memecahkan paras resistance terdekat iaitu pada RM 3.16.
2. SAMAIDEN GROUP BERHAD (SAMAIDEN) (0223)
Syarikat ini merupakan syarikat yang membekalkan perkhidmatan Renewable Energy seperti panel solar photovoltaic (PV) dan merupakan penjana tenaga hijau di Malaysia. Syarikat ini baru sahaja tersenarai di papan Ace pada 15 Oktober 2020 dengan harga 0.48 sesaham.
Samaiden dilihat sebagai salah sebuah syarikat yang berpontensi menerima impak positif daripada Belanjawan 2021 yang telah diumumkan pada 6 November 2021 yang lalu.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Fundamental Samaiden

Tidak banyak data yang dapat diperolehi daripada Samaiden memandangkan ianya baru sahaja disenaraikan. Namun berdasarkan laporan kewangan suku tahunan yang dikeluarkan pada 26 November 2020, ianya menunjukkan bahawa Samaiden berjaya memperolehi pendapatan sebanyak RM11.226 juta bagi suku yang terakhir.
Daripada pendapatan ini pula, Samaiden telah menjana keuntungan selepas cukai sebanyak RM1.019 juta.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Teknikal Samaiden

Beruntung bagi mereka yang berjaya membeli Samaiden pada harga IPO yang berharga 48 sen. Kini Samaiden telah pun mencecah RM1.50. Sekiranya permohonan IPO anda tidak berjaya pada ketika itu, anda tidak seharusnya khuatir kerana pemilik saham Samaiden bertindak menjual pegangan seawal hari pertama. Tapi jangan risau, kerana dengan mengaplikasikan teknik Buy on Breakout kita sudah boleh membuat keuntungan.
Pada 3 November 2020, kita boleh saksikan Samaiden membuat breakout downtrend line. Untuk perkongsian semua, breakout downtrend line juga merupakan salah satu teknik breakout. Selepas itu, Samaiden pun membuat beberapa breakout sehingga mencapai harga terkininya iaitu RM1.50. Kini Samaiden dilihat sedang mencuba untuk melepasi rintangan RM1.51.
Sekiranya, Samaiden berjaya melepasi rintangan RM1.51 dan kekal berada di atas sokongan, harga sasaran (TP) Samaiden adalah RM1.675 sebelum membuat All-Time High yang baru.
3. PETRA ENERGY BERHAD (PENERGY)
Petra Energy merupakan syarikat minyak dan gas yang disenaraikan di Papan Utama (Main Board) di Bursa Malaysia. Syarikat ini beroperasi di dalam 4 segmen utama iaitu segmen perkhidmatan, segment aset marine, segmen tenaga hijau dan segmen upstream.
Pandangan Daripada Sudut Analisa Fundamental PENERGY

Petra Energy adalah syarikat minyak dan gas yang mempunyai fundamental yang baik, jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat yang lain di dalam sektor yang sama. Bukan mudah bagi pengendali syarikat untuk terus bertahan ketika kegawatan ekonomi berlaku, lagi-lagi apabila Petra Energy merekodkan kerugian bersih sebanyak RM20.75 juta bagi suku pertama 2020.
Ini didorong oleh kos operasi yang tinggi ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Petra Energy tidak perlu tunggu lama sebelum kembali mencatatkan keuntungan bagi suku-suku selepas itu.
Earnings Per Share (EPS) Petra Energy merekodkan syarikat ini mampu menjana sebanyak 8.62 sen bagi setiap saham yang diapungkan. Nilai kadar hasil dividen (Dividen Yield) syarikat ini juga boleh dikategorikan agak baik kerana turut mengagihkan dividen sebanyak 5.22% kepada para pemegang saham.
Banyak lagi nilai-nilai penting yang boleh dikaji seperti Return on Equity (ROE), Nisbah PE (P/E Ratio), Net Tangible Asset (NTA) dan lain-lain.

Anda sedang mencari ilmu pelaburan dan perdagangan SAHAM dari asas (atau zero) sampai boleh beli jual dengan pengetahuan fundamental, teknikal dan sentimen yang komprehensif?
Bahasa mudahnya, kita belajar dari kosong step-by-step!
Buat julung kalinya, memperkenalkan:
WEBINAR SENANG SAHAM
bersama speaker:
Tuan Eza Ezamie
COO Majalah Labur
&
Tuan Somad Albasit
Remisier M+ (Malacca Securities)
#Hari 1 : 19 Disember 2020
Sabtu, 9 pagi – 5 petang
#Hari 2 : 20 Disember 2020
Ahad, 9 pagi – 5 petang
#Hari 3 : 21 Disember 2020
Isnin, 2 petang – 5 petang
Ini adalah kelas intensif. Ini bukan kelas preview. Mana ada kelas preview sampai 3 hari?
Belajar secara santai dari rumah melalui aplikasi ZOOM.
Daftar sekarang -> http://thekapital.my/senangsaham19Dis