Salah satu tanda atau signal yang boleh digunakan untuk menunjukkan bahawa sesuatu saham syarikat itu sesuai dibeli adalah apabila ia berjaya memecahkan rintangan (resistance) yang juga dikenali sebagai Breakout.
Signal kedua untuk mengenal pasti bahawa breakout tersebut adalah breakout yang kuat adalah dengan merujuk kepada volume.
Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Volume?
Volume adalah bar berwarna merah dan hijau yang terdapat di bawah carta harga saham syarikat-syarikat.

Bagi setiap hari urusniaga yang berjalan di Bursa Malaysia, kita boleh melihat terdapatnya volume sama ada berwarna hijau atau merah di bawah pergerakan harga saham syarikat pada trading platform. Volume berwarna hijau muncul disebabkan candlestick pada hari tersebut adalah berwarna hijau, manakala volume berwarna merah pula muncul disebabkan oleh candle stick yang berwarna merah pada hari tersebut. Semakin tinggi volume yang muncul, maka semakin banyaklah transaksi yang berlaku tidak kira transaksi menjual atau pun transaksi membeli.
Jadual berikutmenunjukkan jangkaan momentum kenaikan dan penurunan harga saham syarikat berdasarkan keadaan harga dan volume semasa:

Pada bahagian signal, gambar roket bermaksud pergerakan yang amat laju manakala basikal bermaksud pergerakan yang normal dan sedikit perlahan.
Contoh 1: Harga Saham Naik, Volume Tinggi

(Sumber: tradngview.com)
Saham syarikat ini pada 27 Julai menunjukkan bahawa terdapat volume yang lebih tinggi berbanding hari sebelumnya, dan candlestick jugaberwarna hijau yang amat tinggi di mana ini bermaksud harga saham menaik pada hari tersebut. Maka dapatlah kita fahami bahawa ini merupakan signal strong bullish,harga saham syarikat dijangkakan mampu untuk naik lebih tinggi pada keesokan harinya. Jika dilihat pada keesokan harinya, ternyata harga saham syarikat masih meneruskan kenaikan dengan agak tinggi. Begitu juga jika dilihat pada tarikh-tarikh yang lain.
Akan tetapi kita harus ingat bahawa, sekiranya volume naik dengan sangat banyak, namun kenaikan harga saham adalah sedikit sahaja, itu bukanlah membawa maksud strong bullish. Strong bullish dikenalpasti melalui kenaikan harga yang banyak disertai dengan volume yang tinggi.
Contoh 2: Harga Saham Naik, Volume Rendah

(Sumber: tradingview.com)
Pada tarikh 10 Ogos 2020, candlestick hijau menandakan bahawa harga saham telah naik pada hari tersebut. Namun jika dilihat pada bahagian volume, nampaknya volume lebih rendah berbanding volume pada hari sebelumnya, di mana kita faham bahawa volume telah menurun. Apabila harga saham naik dengan volume yang menurun, kita faham bahawa harga saham syarikat masih berada dalam keadaan bullish, namun ia adalah bullish yang normal sahaja. Kita dapat lihat pada keesokan harinya harga masih menaik, namun dengan kenaikan yang sedikit sahaja.
Selang satu hari kemudian, harga saham syarikat mulai jatuh. Di sini kita faham bahawa kenaikan yang berlaku adalah sebentar sahaja, malah amat sedikit sekiranya harga menaik tetapi dengan volume yang berkurangan.
Contoh 3: Harga Saham Turun, Volume Tinggi

Pada 14 Ogos 2020, harga saham syarikat mulai menurun, ditambah dengan volume yang lebih tinggi berbanding hari sebelumnya. Begitu juga pada tarikh 12 Ogos 2020, harga saham syarikat berada dalam keadaan menurun dengan volume yang lebih tinggi berbanding volume pada hari sebelumnya.
Jika kita lihat pada kedua-dua tarikh yang sebutkan ini, nampaknya harga saham syarikat mengalami kejatuhan demi kejatuhan yang agak besar pada keesokan harinya. Inilah yang kita fahami sebagai bearish yang sangat hebat, di mana harga jatuh dengan banyak dan cepat.
Contoh 4 : Harga Saham Turun, Volume Rendah

Pada 24 Julai 2020, harga saham syarikat mengalami sedikit penurunan, ditambah dengan volume yang jauh lebih rendah berbanding hari–hari sebelumnya. Kenaikan harga saham yang sihat perlu membuat penurunan berkala sebelum menyambung kenaikan yang lebih tinggi.
Walaupun harga saham turun pada hari tersebut, kita faham bahawa harga saham syarikat masih berada dalam keadaan bullish. Kita dapat lihat pada keesokan harinya harga saham menaik secara mendadak berserta volume tinggi, petanda bullish kuat bagi kaunter ini.
Inilah serba sedikit tentang perkaitan harga dan volume yang boleh diperhatikan dalam menjangkakan naik turun harga sesuatu saham syarikat itu. Jadi, selamat berdagang!

Trade What You See ini merupakan ebook pertama Serikandi sejak menceburkan diri secara aktif dalam dunia pasaran saham bermula dari tahun 2016 yang lalu.
eBook ini akan membantu anda:
1. Bagaimana nak memahami naik turun pasaran saham dan bagaimana nak ambil advantage
2. Anda akan memahami cara dan teknik membaca/mengkaji sesuatu kaunter
3. Anda akan lebih objektif dalam menguruskan dagangan dan bukan dikuasai emosi
4. Anda akan belajar langkah langkah pengurusan apabila terbeli kaunter yang salah
5. Belajar dan memahami hint melalui pembelian shareholders/fundamental analisis
Link Pembelian: eBook Serikandi Saham