• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, January 18, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Saham Catalyst

Harga Jualan Purata Sarung Tangan Dijangka Susut Pada Separuh Pertama 2021

by TheKapital
13/01/2021
in Catalyst
2 min read
K-Star Sports, AT Systematization Bekerjasama Pasarkan Sarung Tangan Ke China, Taiwan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TwitterKongsi ke Telegram

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — AmInvestment Bank Bhd menjangka harga jualan purata (ASP) bagi sarung tangan getah akan merosot kerana tidak ada keperluan terdesak ke atas produk itu berbanding seperti yang berlaku semasa pandemik COVID-19 baru bermula. 

Bagaimanapun, ia berharap ASP itu akan distabilkan pada paras yang lebih tinggi berbanding semasa pra-pandemik berikutan penggunaan sarung tangan yang lebih meluas. Di samping itu, pengembangan kapasiti daripada syarikat sarung tangan akan berupaya memenuhi permintaan pada masa akan datang.

“Kami mengharapkan ASP akan mula menurun selepas separuh pertama 2021 berikutan permintaan yang kukuh sejak sembilan bulan lepas.

Berkaitan

TM Lepasi Sasaran Pelaksanaan Infrastruktur Jalur Lebar Jendela 2020

Felda Peroleh 22 Juta Saham FGV Daripada Pasaran Terbuka

Eco World Batal Cadangan Gabungan Dengan UEM Sunrise

“Tambahan pula, kami menurunkan sasaran nisbah harga kepada pendapatan sebanyak 10 peratus secara keseluruhan sebagai mengambil kira risiko kitaran menurun dalam sektor ini disebabkan kejayaan pelancaran vaksin COVID-19,” katanya dalam nota hari ini.

Bank pelaburan itu berkata walaupun ia yakin asas pengeluar sarung tangan getah kekal stabil pada beberapa tahun akan datang, mereka menawarkan kenaikan yang terhad ke atas harga saham semasa.

Oleh itu, ia menasihatkan pelabur untuk mengumpulkan pada tahap lebih rendah.

Katanya, Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia menjangkakan permintaan terhadap sarung tangan akan kekal positif bagi pasca COVID-19 disebabkan pandemik itu telah meningkatkan kesedaran mengenai kebersihan diri, sekali gus meningkatkan penggunaan sarung tangan.

AmInvestment Bank berkata penggunaan sarung tangan di negara-negara membangun akan bertambah dengan penggunaan sarung tangan yang meluas daripada industri bukan perubatan seperti makanan dan minuman (F&B), perkhidmatan dan runcit.

“Selepas pandemik ini, kami menjangkakan perubahan struktur dari segi bagaimana sarung tangan digunakan, membentuk normal baharu yang mana penggunaan sarung tangan per kapita akan meningkat disebabkan langkah-langkah kebersihan yang lebih tegas.

“Ini dijangkakan bukan sahaja terpakai kepada sektor penjagaan kesihatan, malah merentasi industri yang berbeza seperti F&B. Penggunaan sarung tangan per kapita di pasaran pesat membangun seperti India dan China masih rendah iaitu kira-kira dua hingga enam sarung tangan berbanding kira-kira 100 hingga 280 sarung tangan bagi negara-negara maju.

Ia mengekalkan saranan “neutral” terhadap sektor itu sebagai penilaian kepada syarikat-syarikat sarung tangan di bawah liputannya (Top Glove, Kossan dan Hartalega) yang dicerminkan sepenuhnya oleh unjuran pendapatan syarikat.

— BERNAMA

Share206Tweet129Share

Related Posts

TM Lepasi Sasaran Pelaksanaan Infrastruktur Jalur Lebar Jendela 2020
Catalyst

TM Lepasi Sasaran Pelaksanaan Infrastruktur Jalur Lebar Jendela 2020

by TheKapital
15/01/2021
Saham FGV Jadi Tumpuan Ekoran Cadangan Pengambilalihan Oleh Felda
Catalyst

Felda Peroleh 22 Juta Saham FGV Daripada Pasaran Terbuka

by TheKapital
14/01/2021

Follow Kami

No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?