Pasaran saham di Malaysia sedikit unit kerana setiap kali syarikat mengumumkan prestasi laporan kewangan yang memberangsangkan atau dengan erti kata lain mencatatkan prestasi yang meningkat daripada segi pendapatan dan keuntungan, harga saham syarikat boleh jatuh pada hari berikutnya. Sebaliknya bagi kaunter yang mengalami kerugian yang bertambah teruk atau mencatatkan prestasi yang merosot dengan pendapatan dan keuntungan yang berkurangan, keesokan harinya harga saham naik pula.
Pelik ke tak?
Itulah ayat yang tepat untuk menggambarkan apa yang berlaku dengan saham syarikat Top Glove. Pada awal tahun ini, seluruh dunia digemparkan dengan pandemik Covid-19 yang sangat merbahaya sehingga telah meragut banyak nyawa. Banyak syarikat telah mengalami kerugian disebabkan kegawatan ekonomi yang berlaku dan ada yang terpaksa gulung tikar kerana tak mampu nak meneruskan perniagaan.
Lain pula yang terjadi kepada Top Glove. Di kala banyak syarikat lain mengalami kesukaran, permintaan yang tinggi terhadap sarung tangan telah membantu Top Glove menjana keuntungan yang luar biasa.
Tak percaya? Jom kita lihat gambar rajah di bawah:

Top Glove telah merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM115.68 juta pada awal tahun. Sejak dari itu, Top Glove tidak menoleh ke belakang tetapi terus membuat keuntungan luar biasa. Top Glove mencatatkan keuntungan sebanyak RM347.90 juta, suku seterusnya mencatatkan keuntungan RM1.29 bilion dan yang terkini adalah RM2.38 bilion.
Tetapi yang peliknya, setiap kali Top Glove mengeluarkan laporan kewangan syarikat, harga saham syarikat tersebut akan jatuh. Bukan sekali, tetapi tiga kali.

Saham Top Glove sering membuat rally kenaikan dan telah banyak membantu indeks FBM KLCI daripada jatuh menjunam. Namun, sebaik sahaja quarter report dikeluarkan, harga saham akan mula jatuh.
Mengapakah ini terjadi? Pernah dengar tak istilah “buy on rumours, sell on news?”
Teknik ini digunakan ketika orang ramai sudah pun dapat menjangkakan bahawa Top Glove akan terus mengumumkan keuntungan bersih yang baik pada suku tahunan yang seterusnya. Oleh itu, orang ramai tidak kisah untuk membeli saham tersebut menjelang tarikh quarter report kerana yakin yang Top Glove akan mengumumkan prestasi yang baik. Bila tiba masa quarter report diumumkan pula, orang ramai akan mula mengambil keuntungan daripada rally yang telah berlaku tadi.
Satu tips kepada pelabur baru adalah untuk mengkaji carta dan mengkaji apa sebabnya harga sesebuah saham naik dan turun. Di sebalik kenaikan dan kejatuhan yang berlaku, pasti ada cerita di sebaliknya.
Setiap saham mempunyai perangai yang berbeza-beza dan menjadi tanggungjawab kita untuk mengkajinya. Secara ringkasnya, kita telah tahu bahawa Top Glove akan mendapat minat belian sebelum quarter report dan akan jatuh sebaik sahaja quarter report diumumkan. Sekiranya kita seorang pedagang jangka masa pendek atau seorang swing trader, amat penting untuk kita ambil tahu tarikh laporan kewangan dikeluarkan.
Kita boleh mencari maklumat tersebut di klse.i3investor.com.

Di laman web ini, kita boleh membaca keputusan laporan kewangan suku tahunan yang baru sahaja dikeluarkan. Selain daripada itu, kita juga boleh melihat senarai syarikat yang bakal mengumumkan laporan kewangan dalam masa terdekat. Lepas ni, kita tidak akan ketinggalan lagi.
Laman web malaysiastock.biz juga membolehkan kita mendapatkan maklumat terkini berkenaan laporan kewangan. Ada info tambahan di sini, iaitu dengan meletakkan bintang di bahagian pendapatan (revenue) dan keuntungan bersih (net profit) sekiranya syarikat tersebut mencatatkan rekod terbaik pada suku tersebut.
Ini secara tidak langsung akan memberi gambaran yang baik kepada prestasi syarikat.

Selain daripada itu, kita juga boleh mendapatkan maklumat tersebut di laman web KLSE Screener.

Sekarang dah faham kenapa pasaran saham Malaysia ni pelik sikit?

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?
Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?
Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi,mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal.
Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.
Best ke formula ni?
Tak susah ke?
Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?
Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM