• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, January 21, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Saham Catalyst

Bursa Malaysia Meningkat Semula Hari Ini Selepas Dibuka Rendah

by TheKapital
12/01/2021
in Catalyst
3 min read
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TwitterKongsi ke Telegram

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Kaunter penjagaan kesihatan, logistik dan telco mendorong Bursa Malaysia meningkat semula berikutan pelabur memburu kaunter-kaunter saham yang berharga rendah pada sesi sebelum ini.

Pasaran berubah positif selepas 10 minit dagangan dengan penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.53 mata selepas 1,620.78 pada 9.15 am.

Indeks dibuka rendah 1.41 mata kepada 1,615.84 selepas ditutup 1,617.25 pada Isnin.

Berkaitan

Widad Busniess Group Akan Bangunkan Projek Gdv Kira-Kira RM40 Bilion Di Langkawi

Anak Syarikat CYMAO Raih Sub-Kontrak Pembinaan Bernilai RM134 Juta

Produk Makanan Tambahan Ho Wah Genting Dapat Kelulusan NPRA

Di pasaran lebih meluas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 299 kepada 290, manakala 313 kaunter tidak berubah, 1,182 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan tidak berubah pada 59.16 juta unit bernilai RM338.98 juta.

Malacca Securities berkata sentimen negatif pasaran susulan sekatan pergerakan yang lebih ketat seperti diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, mungkin tidak lama ketika pasaran menantikan pelancaran vaksin.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa komitmen yang kolektif pada Isnin, oleh itu dalam tempoh 100 hari akan datang, vaksin koronavirus untuk pekerja kesihatan dan mereka yang berisiko tinggi di semua negara boleh dimulakan, yang mana seorang pegawai berharap pelancaran itu pada Februari.

“Kebimbangan terhadap langkah sekatan pergerakan yang terkini telah mendorong aktiviti pengambilan untung di bursa tempatan, memacu FBM KLCI untuk ditutup rendah selepas dagangan yang tidak lancar semalam.

“Saham berharga rendah mungkin menyaksikan tekanan jualan yang lebih baik,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Firma penyelidikan itu yakin bahawa sektor perladangan mungkin akan terus menjadi perhatian selepas muncul paling tinggi di pasaran meluas semalam, disokong oleh inventori minyak sawit Malaysia yang lebih rendah pada Disember. 

Selain itu, minat belian dalam sektor teknologi mungkin memacu sektor itu untuk mencatat peningkatan.

Selain itu, petunjuk daripada Wall Street ternyata tidak membantu selepas pasaran saham mengakhiri peningkatan selama empat hari berturut-turut ketika Dow susut (-0.3 peratus) dan S&P 500 (-0.7 peratus) berikutan kebimbangan mengenai penilaian meluas dan kes jangkitan COVID-19 terus melonjak dengan ketara

Niaga hadapan minyak mentah tidak berubah pada Isnin akibat kenaikan kes COVID-19 yang meningkatkan kebimbangan ke atas unjuran permintaan tenaga.

Pembuat sarung tangan memacu kaunter saham berwajaran tinggi dengan Top Glove melonjak 19 sen kepada RM6.62, Hartalega menambah 36 sen kepada RM12.58 dan Supermax naik 27 sen kepada RM7.30.

TM dan Axiata menokok masing-masing 19 sen dan lima sen kepada RM5.70 dan RM3.68.

Sebaliknya, PPB Group turun 58 sen kepada RM18.72 dan CIMB berkurangan enam sen kepada RM3.98.

Dalam kalangan saham aktif, Hubline naik 5.5 sen, Bintai Kinden menokok lima sen kepada 71.5 sen dan Iris naik satu sen kepada 35.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 16.19 mata kepada 11,564.67, Indeks FBMT 100 menambah 12.06 mata kepada 11,325.12, dan Indeks FBM Emas Shariah meningkat 57.60 mata kepada 13,128.29.

 FBM ACE menokok 85.41 kepada 10,444.45 dan FBM 70, bagaimanapun turun 34.23 mata kepada 14,398.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan kekal rendah, merosot 59.45 mata kepada 14,771.96, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan naik 0.45 mata kepada 172.45 dan Indeks Perladangan meningkat 1.46 mata kepada 7,485.03.

— BERNAMA 

Share203Tweet127Share

Related Posts

Widad Bekerjasama Dengan Rinani Pasarkan Vaksin Covid-19 Di Malaysia
Catalyst

Widad Busniess Group Akan Bangunkan Projek Gdv Kira-Kira RM40 Bilion Di Langkawi

by TheKapital
20/01/2021
Anak Syarikat CYMAO Raih Sub-Kontrak Pembinaan Bernilai RM134 Juta
Catalyst

Anak Syarikat CYMAO Raih Sub-Kontrak Pembinaan Bernilai RM134 Juta

by TheKapital
20/01/2021

Follow Kami

No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?