• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, January 21, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Kembali Tenang, KLCI Ditutup Melebihi 1,600

by TheKapital
12/01/2021
in Market Update
4 min read
Kongsi ke FacebookKongsi ke TwitterKongsi ke Telegram

KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia kembali tenang apabila jualan panik berkurangan selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa aktiviti perniagaan akan kekal seperti biasa walaupun diisytiharkan darurat di seluruh negara hari ini.

Pada 5 petang, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 5.21 mata kepada 1,612.04.

Indeks dibuka rendah 1.41 mata kepada 1,615.84 daripada 1,617.25 semasa ditutup pada Isnin, dan berada antara 1,590.71 dan 1,621.10 sepanjang sesi dagangan.

Berkaitan

Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah Petang Ini

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Wall Street

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 732 berbanding 502, manakala 421 kaunter tidak berubah, 429 tidak diniagakan dan 12 yang lain digantung.

Jumlah dagangan naik kepada 8.41 bilion unit bernilai RM5.76 bilion daripada 6.63 bilion unit bernilai RM5.56 bilion pada Isnin. 

Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Adam Mohamed Rahim berkata reaksi segera dalam pasaran saham dan jualan panik dalam kalangan pelabur yang dilihat sebelum ini tidak dapat dielakkan berikutan bimbang langkah kerajaan mungkin akan menjejaskan ekonomi, yang telah menerima impak daripada pandemik COVID-19.

“Mungkin pelabur akan lebih berhati-hati dari segi mengambil risiko tetapi dalam jangka sederhana, sentimen akan kembali normal kemudiannya.

“Alasannya ialah kerajaan awam akan terus berfungsi semasa darurat,” katanya kepada Bernama. 

Adam turut yakin bahawa impak ekonomi daripada pelaksanaan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah kurang berbanding PKP pertama yang dikuatkuasakan pada Mac tahun lepas.

“Kerugian pengeluaran ekonomi pada suku pertama 2021 dijangka lebih rendah berbanding suku pertama 2020, berikutan PKP 2.0 hanya memberi impak kepada enam negeri dan kerajaan telah menyatakan bahawa perniagaan dalam sektor seperti perkilangan, pembuatan, pembinaan, perkhidmatan, perdagangan dan pengedaran, pertanian dan perladangan dianggap sebagai sektor ekonomi perlu dan dibenarkan beroperasi dengan pematuhan kepada prosedur operasi standard (SOP),” katanya.

Muhyiddin menjelaskan aktiviti ekonomi negara akan terus berfungsi sepanjang tempoh darurat, tetapi tertakluk kepada pematuhan terhadap SOP dan pelaksanaan semula PKP.

Perdana Menteri berkata kerajaan akan memastikan aktiviti ekonomi tidak terhenti agar rakyat dapat terus bekerja manakala perniagaan, perdagangan dan industri mampu beroperasi seperti biasa.

Kerajaan juga komited untuk memastikan amalan tadbir urus terbaik terus diamalkan sepanjang tempoh pelaksanaan darurat ini.

“Organisasi kawal selia negara yang diiktiraf di peringkat antarabangsa iaitu Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Bursa Malaysia akan terus memainkan peranan mereka sebagai pemangkin pengawal selia dan pemudah cara syarikat dan pasaran,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian dalam perutusan khas darurat yang disiarkan secara langsung menerusi stesen televisyen tempatan hari ini. 

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat yang dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di negara ini.

Dalam kalangan kaunter saham wajaran tinggi, Top Glove meningkat 25 sen kepada RM6.68 dan Hartalega naik 92 sen kepada RM13.14.

Maybank susut 19 sen kepada RM8.00, Public Bank merosot 20 sen kepada RM20.08 dan CIMB berkurangan 12 sen kepada RM3.92.

TNB turun 12 sen kepada RM10.12 dan PetChem susut 10 sen kepada RM7.20.

Daripada saham cergas, Iris menambah 4.5 sen kepada 39 sen, manakala Lambo dan AT Systematization, masing-masing naik setengah sen kepada 3.5 sen dan 18 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 3.58 mata kepada 11,552.06, Indeks FBMT 100 susut 12.82 mata kepada 11,300.24 dan Indeks FBM Emas Shariah naik 89.14 mata kepada 13,159.83.

FBM 70 meningkat 76.51 mata kepada 14,509.59 manakala FBM ACE menambah 144.45 mata kepada 10,503.49.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 284.90 mata kepada 14,546.51, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.96 mata kepada 172.96 dan Indeks Perladangan jatuh 21.13 mata kepada 7,462.44.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 5.17 bilion saham bernilai RM4.74 bilion daripada 3.59 bilion saham bernilai RM4.38 bilion semalam.

Jumlah dagangan waran susut kepada 537.39 juta unit bernilai RM81 juta daripada 626.78 juta unit bernilai RM99.08 juta.

Jumlah dagangan di Pasaran ACE meningkat kepada 2.7 bilion saham bernilai RM939.38 juta daripada 2.41 bilion saham bernilai RM1.1 bilion sebelum ini.

Barangan pengguna dan perkhidmatan menyumbang 603.83 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, produk perindustrian dan perkhidmatan (2.03 bilion), pembinaan (288.34 juta), teknologi (441.78 juta), SPAC (sifar), perkhidmatan kewangan (115.19 juta), hartanah (355.35 juta), perladangan (58.03 juta), REIT (18.32 juta), dana tertutup (37,600), tenaga (544.37 juta), penjagaan kesihatan (178.55 juta), telekomunikasi dan media (66.58 juta), pengangkutan dan logistik (401.08 juta) dan utiliti (70.07 juta).

— BERNAMA 

Share204Tweet127Share

Related Posts

Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah Petang Ini

by TheKapital
20/01/2021
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi

by TheKapital
20/01/2021

Follow Kami

No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?