• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, January 21, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Kembali Pulih Berikutan Aktiviti Belian Saham Pada Harga Rendah

by TheKapital
13/01/2021
in Market Update
3 min read
Bursa Malaysia Kekal Bercampur-Campur Pada Sesi Tengah Hari
Kongsi ke FacebookKongsi ke TwitterKongsi ke Telegram

KUALA LUMPUR, 13 Jan (Bernama) — Bursa Malaysia kembali pulih pagi ini selepas merosot semalam menarik aktiviti belian saham pada harga rendah.

Pada 9.10 pagi, petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 9.91 mata kepada 1,62249 dengan kenaikan hampir secara menyeluruh.

Indeks dibuka tinggi 5.64 mata kepada 1,617.68 daripada 1,612.04 semalam.

Berkaitan

Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah Petang Ini

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Jejaki Prestasi Wall Street

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 377 berbanding 173, manakala 299 kaunter tidak berubah, 1,250 tidak diniagakan dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 538.49 juta unit bernilai RM295.59 juta.

Malacca Securities menjangka bursa tempatan akan stabil tidak lama lagi berikutan terdapat aktiviti belian saham pada harga rendah dalam pasaran.

“Saham berharga rendah dijangka meneruskan kenaikan semalam berikutan peningkatan indeks disokong oleh jumlah dagangan yang meningkat sepanjang hari,” katanya dalam nota hari ini.

Ia turut yakin pelabur dijangka menyertai sektor penjagaan kesihatan, yang menyaksikan pendapatan yang pasti dalam situasi kes COVID-19 meningkat.

Selain itu, katanya kaunter pengangkutan dan logistik juga akan mendapat perhatian berikutan langkah-langkah sekatan pergerakan yang bermula hari ini hingga 26 Jan untuk mengekang penularan COVID-19.

Jualan panik dalam pasaran tempatan berkurangan selepas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa aktiviti perniagaan akan kekal seperti biasa walaupun diisytiharkan darurat di seluruh negara semalam.

Sementara itu, petunjuk daripada Wall Street tidak berubah selepas pasaran saham AS ditutup tinggi.  

Dow naik 0.2 peratus berikutan sesi dagangan tidak menentu susulan perhatian pelabur beralih kepada prospek pemulihan ekonomi dan pelaksanaan vaksin.

Selain itu, bekalan yang berkurangan telah mendorong harga minyak mentah lebih tinggi dengan minyak mentah Brent kini melebihi US$56 setong sekali lagi.

Kaunter perbankan mendahului dalam kalangan saham wajaran tinggi dengan Maybank dan Public Bank, masing-masing meningkat semula daripada jualan semalam, masing-masing menambah enam sen kepada RM8.06 dan 62 sen kepada RM20.70.

TNB naik 12 sen kepada RM10.24 dan PetChem tidak berubah pada RM7.20.

Top Glove meningkat dua sen kepada RM6.70, bagaimanapun Hartalega merosot empat sen kepada RM13.10.

Daripada saham cergas, Sealink menambah 2.5 sen kepada 18.5 sen, XOX tidak berubah pada 11.5 sen dan Sapura Energy naik setengah sen kepada 12.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 69.55 mata kepada 11,621.61, Indeks FBMT 100 meningkat 69.02 mata kepada 11,369.26 dan Indeks FBM Emas Shariah menambah 37.48 mata kepada 13,197.31.

FBM 70 meningkat 71.91 mata kepada 14,581.50 manakala FBM ACE naik 58.73 mata kepada 10,562.22.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 174.65 mata kepada 14,721.16, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menambah 0.26 mata kepada 173.22 dan Indeks Perladangan meningkat 2.60 mata kepada 7,465044.

— BERNAMA 

Share223Tweet140Share

Related Posts

Market Update

Bursa Malaysia Ditutup Hampir Tidak Berubah Petang Ini

by TheKapital
20/01/2021
Kerugian Semalaman Wall Street Punca Bursa Malaysia, Serantau Dibuka Rendah Pagi Ini
Market Update

Bursa Malaysia Akhiri Sesi Pagi Lebih Tinggi

by TheKapital
20/01/2021

Follow Kami

No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?