Sejak kebelakangan ini kita telah pun menyaksikan banyak saham-saham yang tidak mempunyai asas fundamental yang baik, tetapi telah membuat kenaikan yang luar biasa. Tahukah anda saham-saham penny merupakan saham yang sering menjadi tumpuan sindiket bagi menjalankan operasi pump and dump mereka? Ini adalah kerana saham penny yang murah menyebabkan ia mudah untuk dimanipulasi dan mengaburi mata pelabur runcit.
Apabila sindiket telah mengumpul saham-saham tersebut maka pihak sindiket akan mula mengeluarkan berita mengenai syarikat tersebut untuk menolak naik harga saham tersebut. Setelah saham tersebut naik tinggi, sindiket akan mula menjual pegangan mereka manakala pelabur runcit baru nak masuk ke dalam pasaran. Maka saham tersebut hanya akan bertukar-tukar tangan di kalangan pelabur runcit sedangkan pihak sindiket telah pun mendapat keuntungan daripada penjualan saham itu apabila harga tersebut berada di puncak.
Dan kebiasaannya, saham yang mudah dimanipulasi oleh sindiket adalah saham yang murah dan tidak mempunyai prestasi yang baik. Silap haribulan, saham-saham yang berstatus PN17 dan yang bermasalah daripada segi kewangan naik mendadak. Angin takde, ribut takde, harga saham mencanak naik.
Berikut merupakan contoh-contoh saham yang pernah membuat kenaikan berbentuk parabola dan kemudiannya membuat kejatuhan berbentuk parabola selepas itu.
1. XOX

XOX pernah membuat kenaikan parabola pada tahun 2016. Kenaikan tersebut amatlah menakjubkan namun mungkin ramai yang tidak menjangkakan tidak lama selepas itu ia juga mengalami kejatuhan yang amat dahsyat. Seram bagi mereka yang tersangkut di puncak pada masa itu. Sekiranya para pelabur yang sangkut pada ketika itu tidak cut loss, sehingga hari ini pun harganya belum lagi kembali ke paras tertinggi pada tahun 2016 itu.
History repeat itself. Itulah kata-kata yang paling tepat untuk menggambarkan kenaikan ini. Sekali lagi XOX membuat kenaikan bersifat parabola pada tahun ini. Adakah para pelabur tidak belajar sesuatu daripada insiden yang lalu? Saya percaya masih ada yang tersangkut pada harga di atas 20 sen. Inilah yang dinamakan sudah jatuh ditimpa tangga.
2. PDZ Holdings Berhad (PDZ)

PDZ telah membuat kenaikan yang tinggi juga pada bulan Julai yang lalu setelah berita mengenai kerjasama di antara PDZ dan Sanichi telah keluar. Dikatakan mereka akan merekabentuk, membangun dan menguruskan hab logistik e-dagang serantau di sebuah tanah bersaiz 94.7 hektar di Desaru, Johor. Kenaikan dalam masa sehari itu sudah cukup untuk menggerunkan para pelabur runcit yang kurang berpengalaman. Jika melihat kepada tahun-tahun ke belakang, pada tahun 2014 PDZ juga pernah membuat kenaikan berbentuk parabola ini.
3. MMAG Holdings Berhad (MMAG)

Setelah berada dalam fasa pengumpulan selama bertahun-tahun lamanya, MMAG akhirnya membuat breakout dan membuat kenaikan selama 9 hari dagangan berturut-turut. Cuba bayangkan saham yang pernah mencecah paras RM1.80 bulan September yang lalu dan kemudiannya jatuh sehingga paras 33.5 sen hanya dalam tempoh dua minggu selepas itu. Inilah yang dimaksudkan kenaikan parabola yang akan membuat kejatuhan berbentuk parabola juga.
Naik banyak, turun pun banyak.
Nak tahu saham apa yang sedang membuat kenaikan berbentuk parabola?
1. Metronic Global Berhad (Mtronic)

2. Green Energy Tech Solution Global Berhad (GETS)

Pada pandangan saya, saham-saham ini telah pun naik dengan tinggi dan akan membuat penurunan pada bila-bila masa sahaja. Sebagai seorang pelabur yang bijak, sekiranya kita mempunyai pegangan di dalam kaunter-kaunter ini, tahniah kerana kita mungkin sudah pun mendapat pulangan yang sangat tinggi.
Namun, selagi kita belum menjual pegangan tersebut, harus diingatkan keuntungan tersebut belum lagi menjadi milik anda sehinggalah kita menjual saham tersebut. Pastikan kita mempunyai Trading Plan dan meletakkan Stop Limit bagi melindungi keuntungan yang telah diperolehi. Ini kerana tujuan kita melabur dalam pasaran saham adalah untuk mengembangkan pelaburan dan bukannya untuk memperkayakan sindiket. Akhir kata, berhati-hatilah dengan saham yang membuat kenaikan parabola.
Nak Tahu Tenik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.
Macam mana nak dapat pulangan atau untung dalam pasaran saham? Apa teknik yang boleh kita amalkan?
Kalau nak tahu, ada bermacam-macam teknik dalam dunia ni untuk tahu timing yang cantik sebelum nak beli saham.
Salah satu teknik yang senang, berkesan dan ramai peminatnya adalah teknik Buy On Breakout.
Ramai sifu-sifu saham yang kami kenal guna teknik ini.
Kalau nak belajar dan cuba sendiri, dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB
✅ Nak tahu lebih mendalam tentang teknik Buy On Breakout beserta contoh-contoh?
✅ Nak tahu cara untuk bezakan di antara Breakout dan False Breakout?
✅ Pernah dengar Support and Resistance? Nak tahu step by step untuk tentukan Support and Resistance?
Don’t worry guys, kami akan terangkan dalam bahasa mudah.
Dapatkan eBook Rahsia Teknik Buy On Breakout -> https://thekapital.my/EbookBOB