• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, January 18, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Fundamental Analisis

Apa Itu Corporate Exercise, Dan Rebut Peluang Untuk Membuat Duit

by Fatin Fatini
05/01/2021
in Fundamental Analisis
12 min read
Apa Itu Corporate Exercise, Dan Rebut Peluang Untuk Membuat Duit
Kongsi ke FacebookKongsi ke TwitterKongsi ke Telegram

Sebagai seorang pelabur, kita perlu tahu apa yang dimaksudkan dengan Corporate Exercise . Corporate exercise adalah aktiviti atau tindakan  besar yang bakal dilakukan oleh syarikat yang  memerlukan persetujuan daripada ahli lembaga pengarah syarikat. Sebelum sebarang  corporate exercise dilaksanakan, ianya perlu dipersetujui oleh pengurusan dan pemilik syarikat ketika ianya dibentangkan di dalam mesyuarat agung (general meeting). Keputusan yang diperolehi daripada perbincangan ini akan memberi impak kepada harga saham syarikat dan kebiasaannya price adjustment berlaku.

Jom kita tengok contoh price adjustment yang berlaku kepada kaunter Top Glove dan Supermax pada September 2020. Perubahan harga  akibat daripada corporate exercise ini tidak akan mengubah nilai syarikat(market capitalization) cuma jumlah saham dan harga saham yang akan dikemas kini semula.

Antara contoh corporate exercise       

Berkaitan

Kajian CANSLIM Terhadap Syarikat Aemulus

Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham KPJ (Edisi: 2020)

Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham KL Kepong (Edisi: 2020)

Mana Nak Dapat Maklumat Corporate Exercise?

Untuk mendapatkan maklumat tentang corporate exercise ini, kita boleh melayari website Malaysiastock.biz dan pergi ke bahagian “Bursa Malaysia latest dividend news atau latest bonus/right issue seperti gambar di bawah.

Pemberian Dividen Kepada Shareholders

Dividen adalah sejumlah tunai yang dibayar oleh syarikat kepada pemegang saham syarikat mengikut jumlah pegangan unit.Dividen ini adalah salah satu cara  syarikat untuk berkongsi keuntungan yang diperolehi kepada pemegang saham syarikat. Dividen ini adalah hasildaripada retained earnings syarikat yang sememangnya milik para pemegang saham. Apabila syarikat meraih keuntungan, nilai shareholder equity akan meningkat.

Namun, untuk memulangkan pendapatan semasa ini kepada shareholder, syarikat perlu melihat kepada jumlah tunai yang dimiliki. Jadi, apabila syarikat mempunyai lebihan tunai, syarikat mempunyai dua pilihan iaitu:

1) Gunakan lebihan tunai untuk meningkatkan pertumbuhan syarikat dan untuk meningkatkan value shareholder equity atau;

2) Gunakan lebihan tunai untuk membayar dividen kepada shareholder dalam bentuk dividen, atau kedua-duanya sekali.

Walaupun pemberian dividen ini tidak akan menyebabkan perubahan unit sahamsyarikat, kebiasaanya selepas tempoh ex-date, harga saham akan turun kerana ramai pemilik saham akan menjual saham mereka selepas mendapat dividen. Perkara ini dikenali sebagai dividen rally dan kita sebagai pelabur yang bijak, perlu peka dan faham tentang perkara yang terjadi akan menyebabkan perubahan harga saham.

Sumber: malaysiastock.biz

Gambar di atas adalah berita berkaitan syarikat yang bakal memberikan dividen. Sebagai pelabur, semestinya kita akan mencari syarikat yang mempunyai kadar risiko yang rendah dan syarikat yang menjana keuntungan secara konsisten.

Kita kena ingat bahawa pelaburan saham adalah merupakan satu perniagaan . Membeli saham sesebuah syarikat bermaksud kita menjadi rakan kongsi perniagaan yang dikendalikan perniagaan syarikat. Persoalan yang perlu kita jawab adalah, adakah kita mahu menjadi pemilik perniagaan yang rugi? Untuk mengelakkan daripada mempunyai perniagaan yang rugi, kita boleh layari malaysiastock.biz dan melihat bahagian “net profit” untuk melihat dan menilai pendapatan terkini syarikat.

Contohnya seperti kaunter Trive di bawah.

                                                                              Sumber: malaysiastock.biz

Jika kita lihat pendapatan syarikat dari tahun 2018 sehingga tahun 2020, kita dapat lihat bahawa syarikat sedang mengalami kerugian yang berterusan. Apabila syarikat sering mengalami kerugian, ianya juga akan memberi kesan kepada harga sahamnya dan carta seperti ini biasanya tidak membuat bentuk yang sihat seperti di bawah.

Syarikat yang menunjukkan kerugian dari harga RM0.02

Harga saham Trive ini hanyalah sekitar 2 sen seunit sahaja, selari dengan prestasi syarikat ini. Adakah kita mahu memiliki saham syarikat yang sebegini? Berdasarkan carta di atas, harga seunit saham ini mempunyai potensi untuk jatuh lagi sehingga menjadi setengah sen seunit.?

Sebagai seorang pelabur, semestinya kita mahu memiliki syarikat yang bagus terutamanya daripada segi fundamental. Mari kita lihat contoh syarikat yang mempunyai prestasi yang cemerlang daripada segi pendapatannya.

Syarikat Scientex  mencatatkan pendapatan bersih sebanyak RM142 juta dan terdapat simbol “star” di pada sebelah pendapatan bersihnya yang menandakan bahawa syarikat ini telah berjaya merekodkan pendapatan bersih suku tahunan yang tertinggi dalam sejarah pendapatan syarikat. Mari kita lihat carta dan harga saham untuk syarikat Scientex ini pula.

Contoh pergerakan harga kaunter yang bagus

Harga saham Scientex pada awalnya hanyalah sekitar RM0.13 seunit pada tahun 1990. Pada hari ini, kita melihat harga saham syarikat adalah di sekitar RM12.80 seunit.Terbukti bahawa pendapatan syarikat sememangnya mempengaruhi harga semasa saham syarikat.  Syarikat Scientex adalah sebuah syarikat yang membuat packaging untuk pelanggan gergasi mereka di Malaysia seperti syarikat Nestle, Maggi, Farm Fresh dan sebagainya.

Sumber: malaysiastock.biz

Berbalik kepada cerita dividen, pada kebiasaanya hanya syarikat yang mencatatkan keuntungan sahaja akan memberikan dividen kepada pemilik saham mereka. Syarikat yang sedang mengalami kerugian tidak akan memberikan dividen melainkan apa yang kita gelar sebagaispecial dividend.

Syarikat gergasi seperti Nestle tidak dinafikan sentiasa mampu untuk memberikan dividen secara konsisten kepada para pelabur mereka. Pelabur saham syarikat ini biasanya tidak mengharapkan capital gain daripada kenaikan harga saham syarikat ini, tetapi lebih tertumpu kepada hasil dividen syarikat.

Pemberian dividen ini bukanlah satu kewajipan dan ianya bergantung kepada prestasi semasa dan polisi yang telah ditetapkan oleh syarikat.  Peratusan dividen yang diberi adalah tertakluk kepada polisi ini dan perbincangan oleh ahli lembaga syarikat. Di antara syarikat yang memberikan hampir 90% dividen kepada pelabur mereka adalah syarikat yang berkaitan dengan REIT (Real Estate Investment Trust).

REIT merupakan syarikat yang berkaitan dengan hartanah contohnya REIT KLCC . Bila KLCC siap dibina, hartanah yang ada dalam bangunan KLCC adalah Suria KLCC, Petronas Twin Tower,  ExxonMobil dan  Dayabumi. Kesemua hartanah ini digabungkan bawah satu REIT yang dikenali sebagai REIT KLCC.

Tarikan utama REIT adalah pemberian dividen yang stabil . Mari kita lihat dividen yang diberikan oleh KLCC REIT kepada pelabur mereka.

Sumber: malaysiastock.biz

Pada tahun 2020 sahaja, KLCC REIT telah memberikan dividen sebanyak 6 kali kepada pemegang REIT ini. Pelabur menerima dividen sebanyak 6 kali dalam setahun daripada pegangan di dalam REIT KLCC ini. Pemberian dividen yang stabil inilah yang menjadi tarikan utama REIT kepada pelabur yang mengharapkan pulangan dividen daripada syarikat.

Namun begitu, ianya tidak bermaksud bahawa syarikat yang memberi jumlah dividen yang tinggi adalah sebuah syarikat yang berada di dalam keadaan yang baik. Ini kerana setiap syarikat mempunyai bilangan unit saham dan market capitalization yang berbeza. Dividen juga ada beberapa jenis.

Contoh pengiraan dividen:

  • Saham xxx memberikan dividen sebanyak 1 sen bagi setiap unit pegangan saham.
  • Pegangan saham 3000 unit, maka dividen yang akan diperolehi adalah:
  • RM 0.01 X 3000 unit = RM30
  • Harga saham akan diselaraskan semula bergantung kepada jumlah dividen yang diberi.
  • Pada hari ex-date, harga saham akan dibuka bukan pada harga tutup hari sebelumnya, tapi pada harga yang telah diselaraskan.

Ada juga kaunter yang membuat pengumuman untuk memberikan special dividend kepada pelabur mereka. Special dividend ini diambil daripada keuntungan hasil daripada penjualan aset. Syarikat Harnlen adalah contoh syarikat yang memberikan special dividend kepada pelabur mereka. Jika kita lihat kepada pendapatan syarikat, syarikat ini mencatatkan kerugian sebanyak RM5.7 juta dan syarikat ini dilihat tidak pernah mencatatkan keuntungan dari tahun 2018 sehingga tahun 2020.

Dividen yang diberikan syarikat adalah sebanyak RM0.10, yang merupakan jumlah yang besar  untuk saham yang berharga RM0.695 seunit. Ini bermakna pelabur akan mendapat pulangan dividen sebanyak 14.3%. Jika kita membeli saham syarikat ini sebanyak 50,000 unit pada harga RM0.695 seunit, modal pelaburan kita adalah sebanyak RM34,750 dan kita akan menerima dividen sebanyak RM5,000 pada ex-date yang diumumkan.

Quarter report kaunter HARNLEN yang menunjukkan kerugian

Untuk syarikat seperti Harnlen ini,pemberian dividen oleh syarikat ini adalah merupakan pemberian dividen yang besar untuk syarikat yang sedang menghadapi kerugian. Risikonya adalah, harga saham syarikat ini senang jatuh selepas pemberian dividen.

Untuk mendapatakan dividen darpada syarikat, pelabur perlu membeli saham syarikat sebelum “ex-date” dan hanya menjualnya selepas “ex-date”. Pengumuman dividen pula hanya boleh diumumkan sekiranya syarikat tersebut  membuat keuntungan.

Kita juga boleh lihat senarai syarikat yang memberikan dividen di laman web Malaysiastockbiz.


sumber:malaysiastock.biz

Bonus Issue

Alternatif lain yang boleh diberikan syarikat kepada pemegang saham adalah dengan pemerian bonus issue atau saham percuma. Perbezaan di antara dividen dan bonus issue adalah syarikat tidak perlu menggunakan wang tunai dalam pemberian bonus issue , sebaliknya digantikan dengan kuantiti saham tambahan kepada para pelabur.

Sekiranya syarikat ingin berkongsi keuntungan dengan pelabur, perkongsian tersebut tidak terbatas kepada pemberian tunai atau dividen semata, mereka juga boleh memberikan saham tambahan sebagai tanda penghargaan kepada pelabur . Biasanya nisbah bonus issue ini adalah seperti 2:3 ,1:2,1:1 dan sebagainya.  

Jika ada syarikat yang mampu memberikan kedua-duanya sekali, dividen dan juga bonus issue, syarikat ini sememangnya terbukti kehebatannya, seperti syarikat DUFU dan PENTA.

Sumber: malaysiastock.biz

Dufu telah memberikan dividen kepada pelabur mereka sebanyak dua kali sepanjang tahun 2020 dan tidak pernah gagal untuk memberikan dividen sejak dari tahun 2015 lagi. Pada masa yang sama, syarikat juga telah memberikan bonus issue kepada pelabur mereka.

Apabila syarikat memutuskan untuk memberikan bonus issue kepada pelabur mereka, jumlah saham yang didagangkan akan meningkat dan jumlah saham dagangan yang dianggap ideal adalah di antara 200 juta ke 2 bilion unit. Jika terlalu sikit jumlah saham yang didagangkan, harga saham berkenaan menjadi mudah untuk dimanipulasi. Sebaliknya jika terlalu banyak pula, harga saham tersebut sukar untuk bergerak walaupun mempunyai jumlah dagangan harian yang tinggi.

Share Split

Share split atau stock split bermaksud pembahagian satu unit saham kepada beberapa unitsaham untuk meningkatkan kecairan saham tersebut. Apabila harga saham mula menjadi mahal, syarikat akan melakukan share split. Ini bagi menarik semula minat pelabur-pelabur kecil untuk membeli saham tersebut. Corporate action ini biasanya berlaku kepada saham yang berharga RM1 dan ke atas.

Tiada perbezaan daripada segi pengiraan dengan bonus issue. Sekiranyabonus issue diberi melalui keuntungan syarikat, share split pula tidak memerlukan syarikat untuk mengeluarkan apa-apa daripada keuntungannya.

Contoh pengiraan stock split

Kenapa Berlakunya Share Split?

Ada beberapa sebab kenapa syarikat membuat keputusan untuk melakukan share split ini. Di antaranya adalah:

1. Meningkatkan jumlah unit saham dan mewujudkan peluang supaya lebih ramai orang boleh beli dan jual saham pada harga yang lebih rendah.

2. Harga saham meningkat ke paras yang terlalu tinggi atau melebihi paras harga saham syarikat lain yang berada di dalam sektor yang sama.

3. Meningkatkan market capitalization pada masa hadapan apabila harga saham semakin meningkat.

4. Signal positif daripada syarikat kerana dengan membuat share split , pihak pengurusan sedang memberi isyarat bahawa syarikat berada di dalam keadaan yang baik.

Rights Issue

Rights issue merupakan salah satu cara syarikat yang telah pun tersenarai di Bursa Malaysia, cara untukmenjana modal baru untuk syarikat. Saham ini boleh dibeli pada harga diskaun oleh pemegang saham yang layak. Pemegang saham yang layak untuk menerima rights issue ini diberi pilihan sama ada untuk membelinya atau pun tidak.

Secara umumnya, syarikat yang menawarkan rights issue dilihat tidak menarik kepada pelabur kerana dilihat sebagai syarikat yang tidak mempunyai aliran tunai yang baik. Namun begitu, kita perlu melihat kepada prospektus syarikat untuk mengetahui tujuan rights issue ini dibuat.

Private Placement

Satu lagi cara adalah dengan melakukan Private Placement iaitu menawarkan saham baru kepada orang ramai. Kita semua tahu bahawa proses IPO adalah cara untuk syarikat mendapatkan modal syarikat, tetapi IPO hanya terhad sekali saja. Dengan membuat Private Placement, ianya hampir sama seperti membuat IPO. Di antara syarikat yang sering melakukan private placement adalah XOX dan MINETEC .

Sumber: malaysiastock.biz

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share574Tweet359Share

Related Posts

Kajian CANSLIM Terhadap Syarikat Aemulus
Fundamental Analisis

Kajian CANSLIM Terhadap Syarikat Aemulus

by Fatin Fatini
18/01/2021
Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham KPJ (Edisi: 2020)
Fundamental Analisis

Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham KPJ (Edisi: 2020)

by TheKapital
15/01/2021

Follow Kami

No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?