• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, January 18, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Fundamental Analisis

Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham KL Kepong (Edisi: 2020)

by TheKapital
13/01/2021
in Fundamental Analisis
7 min read
Ambil Tahu 9 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham KL Kepong (Edisi: 2020)
Kongsi ke FacebookKongsi ke TwitterKongsi ke Telegram

Kuala Lumpur Kepong Berhad (KLSE: 2445) (KLK) adalah sebuah syarikat yang tersenarai Bursa Malaysia. KLK menjana  pendapatannya daripada aktiviti perladangan kelapa sawit dan pembuatan pelbagai jenis produk oleokimia. Nilai pasaran KLK yang terkini adalah RM25.41 bilion dan merupakan di antara 30 syarikat terbesar yang tersenarai di pasaran saham Malaysia.

Mari kita lihat 9 perkara ini sebelum nak melabur di dalam KLK.

1. Segmen: Perladangan

Pada tahun 2020, KLK memiliki estet kelapa sawit sebesar 213,411 hektar di Malaysia, Indonesia dan Liberia. Daripada keseluruhan estetnya itu, 177,710 hektar (83%) telah  matang dan sedang menghasilkan tandan buah segar (FFB). Kini, usia estet KLK adalah seperti berikut:

Berkaitan

Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham KPJ (Edisi: 2020)

Perbandingan 8 Nisbah Mahsing Group Berhad Dengan Nisbah Industri Yang Kita Perlu Tahu

Saham Kajian Aturmaju Resources Berhad (ARBB) Menggunakan 5 Magic Numbers

KLK juga beroperasi dengan:

Daripada aset-aset perladangan yang disenaraikan di atas, KLK telah mengekalkan jumlah penghasilan FFB dalam anggaran  3.5 hingga 4.0 juta metrik tan (MT), CPO dalam anggaran  900 hingga 1,000 ribu MT, dan PK dalam anggaran 180 hingga 220 ribu MT setahun pada tahun 2014 sehingga tahun 2020.

Chart

Pada tahun 2017, KLK telah mencatatkan perolehan dan keuntungan yang tertinggi untuk segmen perladangan (kebanyakan kelapa sawit). Ianya  disumbangkan oleh purata harga jualan (average selling price) yang tinggi untuk CPO dan PK pada tahun 2017.

Selepas tahun 2017, perolehan daripada segmen perladangan KLK telah merosot daripada RM10.67 bilion pada tahun 2017 kepada RM7.00 bilion pada tahun 2020. Pada masa tersebut, harga jualan CPO dan PK adalah lebih rendah jika hendak  dibandingkan dengan harga jualan CPO dan PK pada tahun 2017. Maka, KLK telah merekodkan keuntungan sebanyak RM725.2 juta dalam segmen ini, lebih rendah daripada RM1.29 bilion yang dicatatkan pada tahun tahun 2017.

Chart

2. Segmen: Pembuatan

Pada tahun 2020, KLK berupaya menghasilkan pelbagai jenis produk oleokimia yang digunakan di dalam pelbagai jenis produk  seperti makanan, ejen pembersihan, dan produk penjagaan diri (personal care); yang datangnya daripada 15 tapak pembuatan yang terletak di Malaysia, Indonesia, China, Belgium, Jerman, Belanda dan Switzerland. Secara keseluruhannya, mereka mempunyai kapasiti pengeluaran sebanyak 3.3 juta MT setahun dan KLK mengeksport produknya kepada pelanggan di lebih daripada 120 buah negara.

Pada tahun 2017, KLK telah mencatatkan RM134.0 juta dalam keuntungan segmen pembuatan ini, nilai ini merupakan jumlah yang  terendah sejak tahun 2014 sehingga tahun 2020. Ianya disebabkan oleh kos Crude Palm Kernel Oil (CPKO) yang tinggi pada setengah tahun pertama 2017. Sejak dari itu, keuntungan untuk segmen ini telah meningkat sebanyak RM403.3 juta pada tahun 2020 di atas penambahbaikan operasi segmen ini di Malaysia dan China pada tahun 2018 sehingga tahun 2020.

Chart

3. Keputusan Kewangan

KLK telah mencatatkan keuntungan bersih lebih daripada RM1.5 bilion pada tahun 2011 sehingga tahun 2016. Ianya merupakan keuntungan bersih yang tertinggi dalam tempoh  10 tahun tersebut. Keuntungan pada tahun 2011 ini adalah hasil daripada harga jualan CPO dan PK yang tinggi pada tahun tersebut. Keuntungan untuk  tahun 2016 pula disumbangkan oleh keuntungan secara one-off sebanyak RM489.3 juta hasil daripada pelupusan sebuah tanah tanaman  pada tahun tersebut.

KLK telah merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM600 sehingga 800 juta setahun pada tahun 2018 sehingga tahun 2020. Keuntungan ini merupakan keuntungan yang lebih rendah berbanding dengan keuntungan bersih yang dicatatkan untuk tahun 2011 sehingga tahun 2017. Punca utama kepada kemerosotan keuntungan ini adalah daripada harga jualan CPO dan PK yang lebih rendah pada tahun 2018 sehingga tahun 2020.

KLK telah mencatat purata Return on Shareholders’ Equity (ROE) sebanyak 6.2% setahun bagi tahun 2018 sehingga tahun 2020. Ini bermaksud bahawa KLK telah menjana RM6.20 di dalam keuntungan bersih daripada setiap RM100.00 dalam ekuiti pemegang saham pada tahun 2018 sehingga tahun2020.

Chart

4. Kedudukan Kewangan Terkini

Pada tahun 2020, KLK telah merekodkan nisbah hutang bersih (Net Debt to Equity Ratio) sebanyak 21.6%. Maka, KLK telah mengekalkan tahap nisbah hutang bersih sebanyak 20% sehingga 25% pada tahun 2018 sehingga tahun 2020. Pada masa tersebut, ia telah mencatatkan RM8.27 bilion di dalam aset semasa dan RM2.79 bilion di dalam liabiliti semasa. Ini menjadikan nisbah semasa KLK terkini adalah 2.97.

5. Penanaman Semula Pokok Kelapa Sawit

Daripada laporan tahunan 2020, KLK telah menetapkan sasaran untuk melaksanakan aktiviti penanaman semula pokok kepala sawit bagi estetnya yang sebesar 10,500 hektar pada tahun kewangan 2021.

6. Fasiliti Baru

KLK sedang menubuhkan fasiliti-fasiliti baru seperti berikut:

7. P/E Ratio

Pada 3 Januari 2021, harga saham KLK adalah RM23.68 seunit. Jadi, P/E Ratio terkini adalah 17.00 jika dibandingkan dengan nilai EPS-nya bagi tahun 2020 iaitu sebanyak RM0.72. Jika nilai ini dibandingkan dengan P/E Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2011 sehingga 2020), nilai yang terkini adalah  lebih tinggi daripada nilai purata P/E Ratio pada masa tersebut.

P/E Ratio Terkini (12 Bulan EPS)

= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini

= RM 23.68 / RM 0.72

= 32.89

8. P/B Ratio

Pada tahun 2020, KLK merekodkan RM10.09 di dalam aset bersih bagi setiap unit saham. Maka, P/B Ratio-nya terkini ialah 2.35. Kalau  dibandingkan dengan P/B Ratio untuk tahun-tahun yang lepas (2011 sehingga 2020), ianya lebih rendah daripada nilai purata P/B Ratio pada masa tersebut.

P/B Ratio Terkini

= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham

= RM 23.68 / RM 10.09

= 2.35

9. Kadar Dividen

Pada tahun 2020, KLK telah membayar 50 sen di dalam Dividend Per Share (DPS) dan mengekalkan pembayaran DPS tahunannya sekitar 45-55 sen bagi setiap tahun sejak tahun 2013.

Chart

Kadar dividen KLK terkini adalah 3.07% setahun, lebih rendah daripada kadar dividen puratanya untuk tempoh 10 tahun yang lepas.

Kadar Dividen Terkini

= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%

= (RM 0.50 / RM 23.68) x 100%

= 2.11%

Kesimpulan:

Kesimpulannya:  

Jadi, wajarkah kita melabur di dalam saham KLK? Tepuk dada, tanyalah selera.

Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia. 

Tengok chart dah reti, tekan ‘buy’ dan ‘sell’ pun tahu tapi…saham yang kita pilih itu bagus ke?

Bila dah dapat rentak dalam dunia pelaburan saham ini, mesti kita bersemangat nak capai tujuan utama kita iaitu nak menggandakan duit pelaburan yang dilaburkan. Betul tak?

 Kalau nak jadi pelabur dan pedagang yang bijak memilih saham berkualiti tinggi,mestilah kena pandai kuasai teknik Analisis Fundamental dan Analisis Teknikal. 

Pernah dengar formula CANSLIM? Ala…formula popular yang pelabur serata dunia gunapakai. Formula best ini dicipta oleh pelabur tersohor dunia iaitu William J. O’Neil.

Best ke formula ni?
Tak susah ke?

Nak tahu apa istimewa sangat formula ini?

Dapatkan eBook CANSLIM -> http://thekapital.my/Ebook-CANSLIM

Share556Tweet347Share

Related Posts

Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham KPJ (Edisi: 2020)
Fundamental Analisis

Ambil Tahu 10 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham KPJ (Edisi: 2020)

by TheKapital
15/01/2021
Perbandingan 8 Nisbah Mahsing Group Berhad Dengan Nisbah Industri Yang Kita Perlu Tahu
Fundamental Analisis

Perbandingan 8 Nisbah Mahsing Group Berhad Dengan Nisbah Industri Yang Kita Perlu Tahu

by Hazim Rosman
12/01/2021

Follow Kami

No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?