Ornapaper Berhad (KLSE: 5065) (ORNA) adalah sebuah syarikat yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia. Syarikat ini menghasilkan corrugated boards, cartons boxes dan paper-based stationeries (peralatan tulis) di kilang-kilangnya yang berada di Melaka, Chemor di Perak dan Batu Pahat di Johor. Nilai pasaran ORNA yang terkini adalah sebanyak RM97.14 juta di dalam nilai pasaran.
Mari kita lihat 10 perkara ini sebelum nak melabur ke dalam saham ORNA.
1. Sumbangan Hasil Jualan Dari Segi Jenis Sektor
Kebanyakan hasil jualan ORNA adalah daripada pelanggannya dari sektor perindustrian kertas, perabot, getah, perkakasan, keluli, pemakanan & peminuman, dan elektronik. Hasil perolehan syarikat pada tahun 2019 adalah seperti berikut:
2. Keputusan Kewangan 10 Tahun Terkini
ORNA telah merekodkan pertumbuhan perolehan CAGR sebanyak 4.4% dan 11.2% untuk keuntungan bersih sejak10 tahun yang lepas. Perolehannya meningkat daripada RM216.52 juta pada tahun 2009 kepada RM331.58 juta pada tahun 2019. Ini telah menyumbang kepada peningkatan keuntungan bersih daripada RM4.59 juta pada tahun 2009 kepada RM13.21 juta pada tahun 2019.
3. Return on Equity (ROE)
ORNA telah mencatatkan purata ROE selama 10 tahun sebanyak 6.39% setahun.Ini bermaksud ORNA telah menjana sebanyak RM6.39 dalam keuntungan bersih daripada setiap RM100 ekuiti pemegang saham dari tahun 2009 sehingga tahun 2019.
4. Pengurusan Aliran Tunai
Pada tahun 2010 sehingga tahun 2019, ORNA telah menjana aliran tunai operasi sebanyak RM201.35 juta dan daripada jumlah itu, ia telah membayar sebanyak:
– RM 114.58 juta untuk capital expenditure (CAPEX).
– RM 30.97 juta untuk kos faedah (interest cost).
– RM 18.75 juta untuk pemulangan pinjaman jangka panjang.
– RM 9.64 juta untuk dividen kepada pemegang saham.
Jadi, ORNA telah berjaya menambah baki tunainya daripada RM9.46 juta pada tahun 2010 kepada RM37.53 juta pada tahun 2019.
5. Kedudukan Kewangan Terkini
Pada Q2 2020, ORNA telah merekodkan sebanyak RM20.51 juta dalam liabiliti bukan semasa dan RM178.18 juta dalam ekuiti pemegang saham. Jadi, nisbah hutang semasa ORNA adalah 11.51%. Pada masa yang sama, ORNA telah mencatatkan sebanyak RM207.51 juta di dalam aset semasa dan RM119.30 di dalam liabiliti semasa.
Maka, nisbah semasanya adalah 1.74.
6. Keputusan Kewangan 12 Bulan Terkini
Pada Q3 2019 sehingga Q2 2020, ORNA telah mencatatkan perolehan sebanyak RM306.32 juta. Daripada jumlah itu, ORNA merekodkan keuntungan bersih sebanyak RM11.60 juta atau 15.64 sen sesaham atau Earnings Per Share (EPS). Keuntungan bersih pada Q1 dan Q2 2020 adalah lebih rendah kerana ORNA telah mengalami penurunan daripada segi harga dan kuantiti jualan produk-produknya dalam tempoh tersebut.
7. Siapa Pemilik Utama Ornapaper?
Setakat 1 Jun 2020, Intisari Delima Sdn Bhd merupakan pemilik utama ORNA dengan pemilikan sebanyak 30.60% pemegangan saham. Ini bermakna keluarga Sai, dengan pemegangan saham di dalam Intisari Delima Sdn Bhd merupakan pemilik utama ORNA. Sai Ah Sai dan anaknya, Sai Han Siong dan juga adiknya, Sai Chin Hock merupakan ahli lembaga pengarah bagi ORNA.
8. P/E Ratio
Pada 14 November 2020, harga saham ORNA adalah RM 1.31 seunit. Jadi, P/E Ratio terkini adalah 8.38, lebih rendah berbanding dengan EPS-nya untuk 12 bulan terkini sebanyak 15.64. Jika kita membandingkan dengan P/E Ratio pada tahun-tahun yang lepas (2010 sehingga 2019), P/E Ratio terkini merupakan yang tertinggi dalam tempoh 10 tahun tersebut.
P/E Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / EPS 12 Bulan Terkini
= RM 1.31 / RM 0.1564
= 8.38
9. P/B Ratio
Pada Q2 2020, ORNA telah merekodkan sebanyak RM2.40 di dalam aset bersih bagi sesaham. Jadi, P/B Ratio-nya terkini adalah 0.55. Jika kita bandingkan dengan P/B Rationya pada tahun-tahun yang lepas (2010 sehingga 2019), nilai yang terkini adalah lebih tinggi daripada nilai purata selama 10 tahun yang lepas.
P/B Ratio Terkini
= Harga Saham Terkini / Aset Bersih bagi Sesaham
= RM 1.31 / RM 2.40
= 54.58
10. Kadar Dividen
ORNA telah mula membayar dividen sejak tahun 2015. Pada tahun 2019, ORNA telah membayar sebanyak 3.0 sen untuk Dividend Per Share (DPS). Maka, kadar dividen terkini untuk ORNA ialah 2.29%. Jika dibandingkan dengan kadar dividen untuk tahun-tahun yang lepas (2010 sehingga 2019), ianya adalah lebih tinggi daripada nilai puratanya dalam tempoh 10 tahun iaitu 3.07%.
Kadar Dividen Terkini
= (Dividen Terkini / Harga Saham Terkini) x 100%
= (RM 0.03 / RM 1.31) x 100%
= 2.09%
Kesimpulan:
Setelah membuat kajian, maka kesimpulannya:
Jadi, wajarkah anda melabur ke dalam saham ORNA? Semuanya bergantung kepada pelan pelaburan anda sendiri.
Tanya dulu soalan-soalan berikut:
Ada ke syarikat tersenarai lain yang lebih mantap daripada segi keputusan dan kedudukan kewangan berbanding dengan Ornapaper?
b. Berbaloikan kita terima kadar dividen 2.09% setahun daripada Ornapaper?
c. Apakah pandangan kamu jika kita bandingkan Ornapaper dengan syarikat penghasilan packaging materials tersenarai yang lain di Bursa Malaysia seperti Public Packages, Bright Packaging, Tomypak, Thong Guan, Scientex dan sebagainya?
Ian Tai merupakan Content Producer yang telah menyumbang 500+ artikel mengenai pengurusan kewangan peribadi kepada laman-laman web kewangan terkemuka di Malaysia dan Singapura seperti KCLau.com, the Fifth Person, Value Invest Asia dan Small Cap Asia.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Kami janji berbaloi……
Daftar sekarang!
Klik >> thekapital.my/swing