Dalam dunia komputer, kita sering dengan dua nama besar iaitu AMD dan Intel. Kalau dulu Intel adalah peneraju, namun kini AMD pula berada di depan.
Jom kita tengok beberapa fakta menarik mengenai AMD ini.
1. Latar Belakang Syarikat
Syarikat AMD ini berpangkalan di Santa Clara, California di Amerika syarikat. Syarikat ini terlibat dalam penghasilan cip komputer, pemprosesan grafik, konsol permainan dan bermacam-macam lagi yang melibatkan dunia pengkomputeran dan grafik.
Syarikat ini telah ditubuhkan pada tahun 1969 oleh W.J. Sanders dan merupakan syarikat yang tersenarai di papan Nasdaq dengan harga terkininya adalah pada USD86.51.
2. Berita Terkini Syarikat
Baru-baru ini, AMD telah mengeluarkan produk terbarunya iaitu Ryzen 5000. Ianya merupakan cip komputer yang menjanjikan pengalaman permainan komputer yang lebih baik kepada kaki gamers. Bukan itu saja, AMD kini sedang berusaha merisik pesaingnya dalam pembuatan kad grafik dengan tawaran harga sebanyak USD30 bilion. Nampak gayanya, AMD sedang berusaha meningkatkan market share dan medominasi pasaran dalam dunia penghasilan kad grafik.
3. Pendapatan Terkini
AMD menunjukkan pendapatan yang agak konsisten sepanjang 4 suku tahunan terkini. Pendapatan pada Mac 2020 kelihatan sedikit merosot dan ianya dipercayai berpunca daripada kesan pendamik Covid-19 pada tempoh masa tersebut.
4. Kadar Kecairan Yang Bagus
Syarikat ini mencatatkan peningkatan jumlah keseluruhan aset melebihi peningkatan jumlah keseluruhan liabiliti. Nisbah semasa AMD adalah 2.1, ini bermakna AMD mempunyai kadar kecairan aset semasanya sebanyak dua kali ganda.
5. Aliran Tunai Syarikat Yang Kuat
Penyata aliran tunai untuk suku terkini menunjukkan syarikat mempunyai aliran tunai keseluruhan yang sangat baik dan telah memperbaiki prestasi aliran tunainya bagi suku sebelumnya. Aliran tunai yang baik ini penting dalam menggambarkan kekuatan kewangan syarikat.
6. Pulangan Saham Pelaburan
Pada 2 Januari 2020, harga untuk seunit saham AMD adalah sekitar USD47.30 sahaja. Namun, harga saham syarikat ini telah naik dengan mendadak sehingga mencecah USD94.28 pada 2 September 2020. Ianya merupakan kenaikan sekitar 90% dalam masa kurang setahun.
Untuk pulangan syarikat berdasarkan tiga, enam dan 12 bulan terkini pula adalah seperti berikut:
Dalam masa tepat satu tahun, kenaikan harga saham telah pun mencecah 200%.
7. Status Patuh Syariah
Berdasarkan saringan menggunakan aplikasi Islamicly, status saham AMD ini adalah patuh syariah. Jadi kita bolehlah melabur tanpa was-was lagi untuk saham ini.
8. Pesaing Utama AMD
Pesaing utama bagi syarikat AMD adalah IBM, NVIDIA dan juga Intel. Keempat-empat syarikat ini berada dalam industri yang sama iaitu semikonduktor dan penghasilan cip komputer yang canggih bagi memenuhi permintaan pengguna yang semakin tinggi.
Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?
Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:
- Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
- Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
- Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
- 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
- 10 Perkara Mengenai Saham Coca-Cola dan Pepsi Yang Anda Kena Tahu
- Sifu Kami Untung Lebih 30% Dalam Masa Seminggu Di Wall Street
- 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street
Eh, banyak lagi lah.
Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.
Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?
Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.
Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!
Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street