• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, January 18, 2021
  • Login
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
Home Saham Global

7 Saham Global Dalam Industri Genetik

by Ronnie Chai
28/12/2020
in Global
6 min read
7 Saham Global Dalam Industri Genetik
Kongsi ke FacebookKongsi ke TwitterKongsi ke Telegram

Daripada diagnostik sehinggalah ke pembuatan ubat-ubatan, industri genetik memberi petanda bahawa bioteknologi, farmaseutikal, dan syarikat pengeluar peralatan perubatan perlu terus menghasilkan produk yang inovatif. Syarikat-syarikat gergasi dalam industri ini memainkan peranan yang penting bagi kemajuan industri genetik ini.

Ada beberapa syarikat yang tersenarai di Wall Street yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang berbeza dan sedang berusaha keras untuk menghasilkan pelbagai produk yang inovatif.

Nak tahu syarikat apa? Jom kita tengok syarikat-syarikat dalam industri genetik yang tersenarai di pasaran saham Wall Street.

Berkaitan

Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Industri Paling Untung Di Wall Street Tahun 2020

Top 5 Saham Patuh Syariah Paling Untung Di S&P 500 Tahun 2020

Top 5 Saham Sektor Kesihatan Paling Untung Di Wall Street Bagi Tahun 2020

1. Seattle Genetics (NASDAQ:SGEN)

Sumber : Trading View

Seagen merupakan sebuah syarikat bioteknologi global yang giat merevolusikan rawatan barah. Seattle Genetics memulakan operasi di Bothell, Washington pada tahun 1998. Kemudian pada tahun 1999, kajian terhadap antibodi anti-CD30 bermula.

Sebagai peneraju dalam industri ini, Seagen mempelopori penggunaan antibodi untuk menghantar agen pembunuh sel secara langsung ke sel barah. Teknologi ini merupakan asas bagi dua ubat yang telah diluluskan iaitu ADCETRIS® (brentuximab vedotin) dan PADCEV® (enfortumab vedotin-ejfv).

Modal pasaran Seattle Genetics adalah sebanyak USD35.67 bilion. Dalam masa setahun, harga saham Seattle Genetics naik sebanyak 72%.

2. EXACT Sciences (NASDAQ:EXAS)

Sumber : Trading View

Exact Sciences adalah sebuah syarikat diagnostik molekul yang mempunyai kepakaran dalam pengesanan awal dan pencegahan barah kolorektal. Pada tahun 2014, syarikat ini melancarkan Cologuard, yang merupakan ujian DNA untuk kanser kolorektal.

Modal pasaran Exact Sciences Corporation adalah sebanyak USD22.6 bilion. Harga saham Exact Sciences telah naik sebanyak 46% dalam masa setahun.

3. Bluebird Bio (NASDAQ:BLUE) *Tak patuh syariah

Sumber : Trading View

Bluebird Bio yang beribu pejabat di Cambridge, Massachussets, sedang membangunkan beberapa gen terapi yang bertujuan untuk merawat penyakit genetik dan barah yang teruk.

Syarikat ini sedang menjalankan ujian klinikal terapi gen penyelidikan bagi empat jenis penyakit genetik dan sedang berusaha untuk mewujudkan akses, ketelusan dan pendidikan agar lebih ramai yang akan mendapat manfaat daripada terapi genetik ini. Modal pasaran Bluebird Bio adalah sebanyak USD3.03 bilion, namun harga saham telah jatuh sebanyak 47% dalam tempoh setahun.

4. Natera (NASDAQ:NTRA)

Sumber : Trading View

Natera adalah syarikat pengujian dan diagnostik genetik. Fokus utama syarikat adalah mengembangkan kaedah analisis DNA yang tidak invasif. Bagi 10 tahun yang terakhir, syarikat telah memperkenalkan 10 ujian saringan molekul dan menjalankan ribuan ujian genetik setiap bulan melalui makmalnya. Tumpuan Natera adalah di dalam penjagaan kesihatan sistem pembiakan, pemindahan organ dan barah.

Perkhidmatan pengujian genetiknya yang menggunakan platform perisian pengkomputeran awan, bertujuan untuk mendidik penyelidik syarikat biofarmaseutikal, para doktor dan makmal genetik.

Modal pasaran Natera adalah sebanyak USD9.5 bilion. Memang terbaik apabila harga saham Natera telah meningkat sebanyak 230% dalam masa setahun.

5. InVitae (NYSE:NVTA)

Sumber : Trading View

Invitae adalah syarikat informasi genetik yang bertujuan untuk mendorong bidang perubatan secara umumnya untuk menggunakan ujian genetik dan informasi bagi membolehkan rawatan yang lebih spesifik dan digunakan sebagai prosedur pencegahan.

Invitae mempunyai kepakaran dalam diagnostik genetik dan mempunyai portfolio luas yang menyimpan alat perisian, makmal pemprosesan, ujian dan analisis genetik. Syarikat ini mempunyai ujian diagnostik untuk barah yang berpunca daripada keturunan, gangguan metabolik, gangguan neurologi dan kardiovaskular, gangguan pediatrik dan perkembangan, serta analisis keguguran dan pemeriksaan awal untuk memeriksa penyakit yang diwarisi keturunan.

Modal pasaran InVitae Corporation adalah sebanyak USD9.38 bilion dan harga saham telah melonjak sebanyak 220% dalam masa setahun.

6. Veracyte (NASDAQ:VCYT)

Sumber : Trading View

Veracyte adalah syarikat diagnostik genom yang menggabungkan teknologi genomik maju, sains klinikal dan mesin pembelajaran ke dalam produknya. Syarikat ini mendakwa pendekatan ini dapat memberi pilihan kepada doktor dan pesakit mengenai diagnosis dan rawatan tanpa risiko pembedahan.

Veracyte ditubuhkan lebih dari satu dekad yang lalu dan telah mengkomersialkan lima ujian genomik yang mdapat embantu mendiagnosis barah tiroid dan barah paru-paru.

Modal pasaran Veracyte adalah sebanyak USD 3.31 bilion. Dalam masa setahun, harga saham Veracyte telah meningkat sebanyak 104%.

7. Myriad Genetics (NASDAQ:MYGN)

Sumber : Trading View

Myriad Genetics telah ditubuhkan pada tahun 1991 sebelum genom manusia berjaya diuraikan. Syarikat ini adalah pakar dalam diagnostik molekul dan produknya merangkumi ujian molekul untuk kanser yang diwarisi keturunan dan urologi, gangguan autoimun, kemurungan dan penyakit lain.

Syarikat ini mempunyai 14 ujian di pasaran dan 12 ujian diagnostik lagi sedang dalam proses ujian percubaan, dengan lapan daripadanya berada di Tahap 3 yang bermaksud sedang berada di puncak penggunaan. Ujian ini merangkumi spektrum yang besar dan ianya berkaitan dengan dermatologi, onkologi, urologi, penjagaan kesihatan wanita dan penyakit autoimun.

Modal pasaran Myriad Genetics adalah sebanyak USD1.4 bilion. Harga saham Myriad Genetics telah jatuh sebanyak 31% sejak awal tahun yang lalu.

Bukan Semua Saham Syarikat Dalam Industri Genetik Meningkat Naik

Kita ingatkan bila dunia dilanda pandemik Covid-19, semua saham-saham yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan akan meningkat naik. Disebabkan itulah kita perlu menjalankan Analisa Fundamental dan Analisa Teknikal sebelum membeli apa-apa saham.

Nak Kejar Saham Yang Bakal Naik?

Masih ingat tak masa orang berebut-rebut beli saham TOPGLOV, saham-saham lain yang satu geng dengan dia (yang harga jauh lebih murah) pun tiba-tiba meroket naik jugak cuma lambat sikiiiit je. Adusss mesti ramai yang tertinggal keretapi kan? Tulah, kan dah melepasss!

Haa, itu contoh saham sektor glove. So, macam mana dengan saham dekat sektor lain?? Dekat mana nak carik senarai dia?

Jangan tertinggal keretapi lagi.

Jadi khusus untuk follower kami, memperkenalkan e-book Leaders and Laggards.

Kalau nak tahu rahsia satu kaunter jalan, kaunter lain pun ikut jalan sekali, dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

✅ Apa itu Leader?

✅ Apa itu Laggard?

✅ Cara nak kenal pasti saham Leader dan Laggard

✅ Contoh-contoh case study Leader naik dulu, Laggard naik kemudian

✅ Contoh case study yang tak jadi, Leader dah naik tapi Laggard tak naik-naik

✅ Contoh case study Leader turun dulu, Laggard turun kemudian

Bukan itu sahaja, turut dikongsikan senarai Leader dan Laggard bagi industri-industri sarung tangan (glove), penjagaan kesihatan (healthcare), pembinaan (construction), tenaga (oil & gas), teknologi dan banyak lagi.

Dapatkan eBook Leaders and Laggards -> http://thekapital.my/eBookLeadersAndLaggards

Share322Tweet201Share

Related Posts

Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Industri Paling Untung Di Wall Street Tahun 2020
Global

Top 5 Saham Patuh Syariah Sektor Industri Paling Untung Di Wall Street Tahun 2020

by Ronnie Chai
18/01/2021
Top 5 Saham Patuh Syariah Paling Untung Di S&P 500 Tahun 2020
Global

Top 5 Saham Patuh Syariah Paling Untung Di S&P 500 Tahun 2020

by Hazim Rosman
13/01/2021

Follow Kami

No Result
View All Result
ADVERTISEMENT
Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Global
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Produk
  • Saham
  • Technical Analysis
  • Trading Idea

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Global
  • Trading Idea
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2021 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Create New Account!

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?