Top Glove Corporation Berhad (Top Glove) dikhabarkan telah membeli saham syarikat mereka selama tujuh hari berturut-turut sejak akhir-akhir ini. Top Glove telah membelanjakan hampir RM844.23 juta sejak September 2020 untuk membeli semula saham syarikat mereka.
Adakah pembelian semula saham syarikat oleh syarikat itu suatu petanda yang baik untuk pelabur? Untuk menjawab persoalan ini, kita perlu tahu beberapa sebab mengapa sesebuah syarikat itu bertindak untuk membeli semula saham syarikat mereka.
Syarikat yang menyenaraikan saham mereka kepada umum kebiasaanya akan menggunakan dana tambahan tersebut untuk keperluan perniagaan mereka. Jadi mesti ada sebab mengapa mereka beli balik semula saham mereka daripada orang ramai.
1. Mengukuhkan Pengaruh
Setiap satu saham yang didagangkan merupakan satu pemilikan terhadap syarikat. Dengan pemilikan ini, pemilik syarikat layak untuk mengundi dan terlibat dalam perbincangan hala tuju syarikat. Jika saham sesebuah syarikat dimiliki oleh ramai pemilik, setiap perbincangan hala tuju syarikat perlu mendapat persetujuan oleh orang ramai dan mereka yang mempunyai jumlah pemilikan yang besar akan lebih berpengaruh dalam sesebuah syarikat tersebut berbanding dengan mereka yang mempunyai pemilikan yang sedikit.
Oleh itu, salah satu cara untuk syarikat mengukuhkan pengaruh mereka adalah dengan menambah jumlah pemilikan mereka dalam syarikat mereka sendiri. Penambahan pemilikan ini boleh dilakukan dengan membeli semula saham syarikat mereka.
2. Melindungi Nilai Saham Syarikat
Harga saham syarikat menggambarkan nilai sesebuah syarikat. Oleh itu, pengurusan syarikat sangat mengambil berat dengan perubahan harga saham syarikat mereka. Harga saham yang terlalu murah akan menyebabkan para pelabur mempunyai perspektif yang kurang baik terhadap nilai sesebuah syarikat.
Untuk mengekalkan prespektif positif terhadap sesebuah syarikat, pihak pengurusan akan cuba mengekalkan julat harga saham syarikat mereka dengan membeli semula saham syarikat supaya harga saham syarikat mereka kekal di dalam julat tertentu bagi memelihara nilai saham syarikat mereka.
3. Saham Syarikat Didagangkan Di Bawah Nilai Pasaran
Antara sebab mengapa syarikat membuat keputusan untuk membeli semula saham syarikat mereka adalah kerana mereka yakin akan potensi syarikat untuk berkembang di masa hadapan. Potensi ini hanya diketahui oleh syarikat itu sendiri berdasarkan maklumat dan perancangan syarikat yang belum diumumkan kepada pihak awam.
Seperti contoh, ketika ekonomi dunia dalam fasa pemulihan daripada kegawatan ekonomi yang disebabkan oleh subprime mortgage yang berlaku pada tahun 2008 yang lalu, banyak syarikat yang optimistik tentang potensi untuk berkembang di masa hadapan. Oleh itu, terdapat satu gelombang di mana banyak syarikat melakukan aktiviti membeli semula saham-saham syarikat mereka dengan harapan harga saham akan kembali kepada nilai sebenar di masa hadapan.
4. Meningkatkan Nisbah Kewangan Syarikat
Membeli saham syarikat sendiri adalah satu cara yang sangat mudah untuk syarikat menarik minat para pelabur. Dengan mengurangkan jumlah saham yang ada di pasaran, nisbah keuntungan sesaham atau Earnings Per Share (EPS) syarikat akan meningkat.
Contohnya, jika perolehan syarikat adalah sebanyak RM10 juta dan mempunyai 100,000 unit saham yang diapungkan, nilai EPS syarikat adalah sebanyak RM100. Jika syarikat membeli semula 10,000 unit saham, ianya akan mengurangkan jumlah saham yang terapung di pasaran kepada 90,000 unit sahaja. Oleh itu,nisbah EPS terkini syarikat meningkat kepada RM111.11 tanpa peningkatan daripada perolehan yang sebenar.
Berikut adalah di antara sebab-sebab kenapa syarikat membeli semula saham mereka. Bagi syarikat Top Glove, keempat-empat sebab di atas adalah relevan mengapa mereka membeli semula saham mereka. Syarikat ini mempunyai keuntungan yang sangat besar akibat daripada penularan wabak Covid-19 yang melanda dunia pada tahun 2020 ini, jadi tiada masalah daripada segi kewangan untuk Top Glove membeli semula saham syarikat mereka daripada orang ramai.
Ianya bertujuan untuk mengukuhkan pengaruh, melindungi nilai saham syarikat untuk menarik pelabur, merasakan saham syarikat berada di bawah nilai sebenar dan untuk meningkatkan nisbah kewangan syarikat.
Tak Sempat Monitor Saham Hari-Hari? Kami Ada Solusi!
Kami ada menawarkan solusi kepada dilema ini.
Topik-topik yang bakal kami kongsikan
1. Mindset Power
2. Teknik Compounding
3. Jenis Chart
4. 11 Jenis Reversal Candlestick
5. Market Phase
6. Breakout Downtrend Line
7. Kajian Saham
8. Kenali Top 4 Sell Signal
9. Pemilihan Winning Stock
10. Setup Trading Platform Yang Mudahkan Jual Beli
…Dan banyak lagi …
Haa. Ramai yang puas hati dengan Webinar Swing Trading sebelum ini. Memang mudah nak faham.
Nak tahu apa kata alumni Webinar Swing Trading sebelum ini? Jom tengok video yang disediakan!
Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.
Tapi kenapa give up?
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Kami janji berbaloi……
Daftar sekarang!
Klik >> thekapital.my/swing