Dalam kehidupan seharian kita, kita tidak akan dapat lari daripada mematuhi peraturan-peraturan yang ditetapkan. Jika kita didapati bersalah melanggar peraturan yang sedia ada, kita boleh dijatuhkan hukuman setimpal dengan kesalahan yang kita lakukan. Hukuman ini akan merugikan kita baik daripada segi masa, wang ringgit dan juga emosi kita.
Begitu juga dalam pelaburan saham, terdapat banyak peraturan yang wujud dalam dunia pelaburan yang seorang pelabur perlu tahu. Kita mungkin tidak akan disaman atau didenda jika kita tidak mematuhi peraturan ini, tetapi kita bakal berdepan dengan denda yang lebih merunsingkan jiwa dan minda kita; iaitu berdepan dengan kerugian yang besar.
William J O’Neil, seorang pelabur terkenal telah memperkenalkan peraturan pelaburan dalam penulisannya. Peraturan yang diasaskan beliau ini dapat membantu kita sebagai seorang pelabur untuk berjaya dalam dunia pelaburan. Peraturan-peraturannya adalah seperti berikut:
1. Beli Saham Ketika Uptrend
Sangat penting untuk kita membeli saham ketika saham itu sedang membuat uptrend. Beliau juga menyarankan agar kita menambah pegangan saham apabila harga naik tinggi daripada harga belian pertama. Atau istilah yang biasa kita dengar adalah ‘Average Up’.
2. Jangan Tambah Pegangan Jika Harga Turun Dari Harga Belian
Peraturan kedua ini kita selalu dengar iaitu dengan membuat ‘Average Down’ ketika harga saham yang kita beli mengalami kejatuhan harga. William J O’Neil melarang pelabur untuk membuat “average down” kerana beliau berpendapa ianya hanya akan merugikan pelabur.
3. Belajar Untuk ‘Cut The Losses Small’
Dalam pelaburan, bukan semuanya pasti untung kerana dalam pelaburan yang berisiko ini, rugi itu adalah sesuatu yang pasti. Oleh itu, William J O’Neil menasihatkan kita untuk belajar membuat cut loss yang kecil untuk menjaga modal pelaburan kita.
4. Beli Saham Yang Mencatatkan Harga Tertinggi Bagi Tempoh 52 Minggu
William J O’Neil juga mangajar kita untuk mencari harga saham yang membuat paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu atau setahun. Ianya juga dikenali sebagai Teknik Breakout. Saham-saham ini biasanya berpotensi untuk memberikan pulangan yang lumayan kepada pelabur.
Baca: Ini Teknik Beli Saham Paling Senang Nak Ikut
5. Beri Perhatian Kepada ‘Earnings’ Dan ‘Sales Growth’ Yang Kukuh
Dalam banyak-banyak komponen dalam penyata kewangan syarikat, William J’O Neil sangat menekankan kita untuk memberi lebih perhatian kepada perolehan dan pertumbuhan jualan syarikat. Dua komponen ini sangat penting untuk kita menilai kualiti syarikat dan masa depan syarikat.
6. Lihat Pada Carta Untuk Mengenal Pasti Harga Dan Volume
Carta diibaratkan sebagai peta dalam pelaburan. Carta ini membantu pelabur membuat kajian dengan melihat pergerakan harga dan jumlah dagangan.
Dalam erti kata lain, kita perlu membuat Analisa Teknikal atau Technical Analysis terhadap saham yang ingin dibeli.
Baca juga: Pengenalan Kepada Technical Analysis (Analisa Teknikal)
7. Cari Syarikat Yang Leader Dalam Setiap Sektor
William J O’Neil menggalakkan pelabur untuk mencari syarikat yang merupakan leader dalam sesuatu sektor. Leader ini bermaksud syarikat yang bertindak balas lebih cepat dengan sebarang catalyst yang berkaitan syarikat. Salah satu cara untuk mencari syarikat leader adalah dengan melihat syarikat yang mempunyai rekod tertinggi bagi keuntungan berbanding peers.
Baca: Apa Itu Leader Dan Laggard?
8. Don’t Listen To Others
Dalam pelaburan saham ini, kita perlu percaya dengan kajian yang kita lakukan. Kita boleh menerima pandangan orang di sekeliling kita mengenai kajian pelaburan kita, namun untuk mempercayai mereka 100% adalah tidak dibenarkan.
9. Fokus Kepada Timeframe Carta Yang Lebih Besar
Kita digalakkan untuk melihat durasi carta yang lebih besar seperti monthly, weekly & daily carta begitu juga dengan volumenya. Ini kerana durasi yang lebih besar adalah lebih stabil berbanding carta yang berdurasi pendek.
10. Have A Trading Plan
Sebelum kita membuat sebarang keputusan pelaburan, kita perlu mempunyai trading plan terlebih dahulu. Trading plan ini bertujuan untuk mengawal emosi dalam pelaburan. Dengan trading plan ini, kita tahu bila kita hendak jual untuk mengambil keuntungan atau (Target Price) menjual untuk meminimakan kerugian (Cut Loss).
Baca: Trading Plan, Pengawal Emosi Seorang Pedagang
11. Start Small
Jika kita baru setahun jagung dalam dunia pelaburan, mulakan pelaburan kita dengan modal yang kecil yang kita sanggup hilang.
Dunia pelaburan ini penuh pancaroba dan onak durinya, selagi kita tidak kenal ombak di lautan pasaran saham, jangan sesekali kita berani berlayar melawannya.
Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.
Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.
Hidup ni tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.
Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:
- Kita tak perlu melekat di screen
- Kita boleh bekerja seperti biasa
- Kurang risiko untuk rugi
- Set siap-siap bila nak jual saham tu
- Kurang stress
Kami janji berbaloi……
>> Bawa kawan atau pasangan dan Daftar PERCUMA di Webinar Swing Trading Reloaded!